Total Pageviews

Friday, 11 October 2013

Betapa Beratnya Dalam Yang Ringan

Sekadar buat renungan diri :
Sekadar gambar hiasan
  1. Sekeping wang RM 50 dilihat sebagai jumlah yang besar bila dibawa kekotak derma, tetapi menjadi keluhan dan begitu kecil nilainya bila berbelanja di super market.
  2. Merasakan masa yang 30 minit terlalu lama untuk berzikir atau bertafakur tetapi betapa pendeknya tempoh yang sama untuk satu cerita komedi atau berchatting di laman sosial.
  3. Merasa berkecukupan bila berjaya menghabiskan bacaan satu halaman al-quran tetapi menjadi ketagih untuk cepat menghabiskan bacaan majalah hiburan atau novel 100 halaman.
  4. Betapa khusyuknya kita duduk menonton movie selama 2 jam, namun kekadang menjadi gelisah untuk bersila mendengar tazkirah walau hanya selama 15 minit.
  5. Susahnya mengajak orang menyebarkan dakwah atau menegur yang tidak baik, namun mudahnya berbicara dalam bab gossip dan prasangka.
  6. Sanggup ke pasaraya atau tempat menarik yang jauh dengan kereta, namun beratnya hati untuk mendisiplinkan diri ke masjid atau surau yang dekat dengan kediaman.
  7. Kita meyakini pada sebaran berita yang tidak pasti di internet, namun kita banyak mengabaikan apa yang pasti dan benar di dalam al-quran.
  8. Kita menutup segala aurat dengan sempurnanya ketika solat, namun kembali tidak mencukupkan syaratnya di luar solat.
  9. Kita sepertinya mampu mendisiplinkan diri untuk menepati waktu punch card, tetapi beratnya untuk terus menepati masa yang sentiasa penting.
  10. Betapa senangnya kita mencari kawan, namun betapa sulitnya untuk bertemu dengan seorang sahabat.
  11. Betapa mudahnya mengatakan bahawa diri kita ini muslim yang beriman, namun beratnya untuk kita menjadi seorang mukmin yang ihsan.
~ dan seumpamanya ~

No comments:

Post a Comment