Total Pageviews

Friday, 4 October 2013

Jangan Terlupa & Dilupa

Berkongsi Kata Renungan :

  1. Ketika bertungkus lumus mencari harta di dunia, jangan lupa menafkahkan sebahagian darinya untuk membantu saudara-saudara yang kurang bernasib baik.
  2. Dalam kesibukan menguruskan kesibukan duniawi, janganlah lupa masa bersolat jemaah dan mencari ilmu agama.
  3. Dalam selalu memperkatakan kesilapan orang lain, jangan lupa melihat kepada kecuaian dan kesalahan kepada diri sendiri.
  4. Dalam menghitung sumbangan kita kepada majikan, janganlah lupa menghitung sumbangan kita kepada agama dan bangsa.
  5. Dalam mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga, janganlah lupa akan soal halal-haramnya.
  6. Dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi berbagai halangan kehidupan duniawi, jangan lupa mempersiapkan diri untuk menghadapi kedahsyatan di hari akhirat.
  7. Dalam mengisi masa untuk kehidupan ini, jangan lupa memperuntukkan masa untuk bermunajat kepada Allah, tuhan sekelian alam.
  8. Dalam menghargai kebaikan orang lain kepada kita, jangan lupa kepada pengorbanan besar oleh keluarga untuk kita.
  9. Dalam pada mempersiapkan diri kita untuk dilihat cantik jasmani, jangan lupa juga kepada  perlunya kecantikan rohani.
  10. Dalam memikirkan pernah sekali kawan mengecewakan kita, jangan lupa kepada segala kebaikan yang banyak kali disumbangkan kepada kita.
  11. Dalam bergelak-ketawa meraikan kemenangan dan kejayaan diri, jangan lupa kepada kekurangan dan kelemahan orang lain.
  12. Dalam berduka-lara menghadapi ujian Allah yang banyak, jangan lupa juga menghitung nikmat-Nya yang tak terkira.
  13. Dalam mensyukuri nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kita, jangan lupa merenungi serta mendoakan harapan dan impian mereka yang belum kesampaian.
Sallimna, waba riklana, wa irhamna ya Allah....... Amiiin.......

No comments:

Post a Comment