Total Pageviews

Friday, 25 October 2013

Day 2 : Trip JaKarTa - BanDung

Kepenatan hari semalam seolah tidak terasa bila kita perlu patuh pada waktu. Seawal jam 7 pagi, aku dah ready untuk turun ke dewan makan. Awal turun makan, senang nak ready nanti. Tak nak orang menunggu kita. Itu bukan prinsip yang dipegang. Jam 8.30 am, harapnya semua ahli rombongan tidak ada yang masih terhegeh lagi.

Sebelum rombongan naik ke bas, di hadapan hotel dan pintu bas telah dipenuhi oleh peniaga-peniaga jalanan yang sentiasa mengejar pelancong agar membeli barangan mereka. Dengan rayuan suara yang dibuat-buat kesian, tidak puas-puas memujuk rayu pelancong. Berhati-hati dengan suasana ini. Orang kata, jualan mereka adakalanya dua kali ganda mahalnya dari yang dijual di pasar. Tapi jika kita pun dah ada pengalaman, kita boleh pujuk si peniaga ini. Untung-untung kita akan dapat murah juga.
Tour guide Indonesia, Mr. Agust yang berada bersama kami dalam bas B.
Pening aku melihat kesibukan melampau di jalan raya. Dengan keadaan pemanduan yang kurang berhemat, dengan kedegilan para pengguna jalan raya, bagi aku semuanya ganas-ganas, pentingkan diri sendiri semuanya. Apa yang aku lihat pada pertama kali pengalaman aku dihari kedua ini contohnya, semasa pihak keselamatan ingin membantu bas kami yang ingin keluar ke jalan, mereka cuba menghentikan sementara laluan kenderaan lain. Tetapi samada motosikal mahu pun kereta tetap juga melajukan kenderaan masing selagi boleh mendahului dan menyelit. Gelagat pemandu-pemandu di sini cukup menggerunkan aku. Tapi inilah hakikatnya di sini. 

Apa yang aku tahu, asal nama Kota Bandung ini ialah 'Bendung' iaitu suatu daratan yang dikelilingi oleh perbukitan atau pergunungan. Bila lama-lama disebut maka jadilah Bandung. Lebih kuranglah. Nama je Bandung. Jika di Malaysia, antara makanan kita ialah mee bandung dan air bandung. Jika dicari sini, tidak akan dijumpai. Tapi diterangkan lagi oleh tour guide itu, oleh kerana orang sini pun sudah tahu keadaan ini di Malaysia, jadi mungkin ada lah juga mereka menyediakan mee bandung dalam versi lain dan disebut sebagai 'mee kocok Bandung', manakala air bandung di sini dikenali pula sebagai 'air soda gembira'. :-) Ooo... patutlah pernah aku minum kat rumah kawan masa di Adelaide dulu, air bandung tu rasa masam sikit kerana dicampur dengan air soda. Tapi macam ada gaslah sikit. Tapi ada kaitan ke...?
Di perjalanan.... ada penjual dan peminta sedekah di tepi jalan....
Antara perumahan tinggalan zaman Belanda dulu-dulu.

Sebenarnya lawatan kami untuk first day ni, salah satunya adalah ke Tangkuban Prahu Volcano. Tapi nampaknya belum sampai rezeki aku untuk ke sini oleh kerana kawasannya ditutup kepada orang ramai atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ada sulfurnya yang dah mula merebak. Jadi plan terus bertukar ke destinasi seterusnya iaitu ke Kota Lembang yang terkenal dengan factory outlet nya, floating market, nenas madu juga sate kelincinya (arnab) dan beberapa lagi.
 
Kota Lembang terletak di kawasan tanah tinggi berbanding Bandung. Bezanya kira-kira 1000 kaki dan semestinya lebih sejuk dari Bandung.
 
Kelihatan nenas madu banyak dijual di kedai-kedai tepi jalan.
Destinasi 1 : Floating market, indah saujana mata memandang.
 Kami pengunjung rombongan, telah disediakan kupon setiap seorang oleh tour guide untuk minuman ini.
 Rumah sosej
Bawah kanan, pintu masuk ke floating market. 

Dalam perjalanan ke floating market ini, kita akan melalui satu kawasan yang sangat cantik suasana dan pemandangannya. Rasa aman seketika. Sesuai untuk berfoto terutama orang yang minat macam aku ni... :-) Abadikan di sini....
Berada di dalam kawasan floating market.
Apa yang aku bayangkan sebelum, floating market ini macam rumah besar atau kedai terapung. Rupanya peniaga menjual barang atau makanan mereka dalam perahu atau boat kecil. Memang terapung juga pun. Menarik juga. Sesiapa yang nak membeli, kena tukar koin dulu. 
Kreatif dan innovatif.... pisang hijau... Menarik.....
Hanya satu yang menarik untuk aku membelinya. Sate kelinci ni lah. Sebab di sini terkenal dengan sate kelincinya kan... harganya Rp25000 untuk 10 cucuk sate bersama nasi himpit dan kuah kacang. Rasanya lebih kurang dengan rasa sate ayam juga. Jika tak tahu yang ini arnab, pasti kita bersangka ianya ayam.

Bergambar lagi di perjalanan keluar dari floating market ini......
 
 
Bersama ahli rombongan......
Atas (1/3) adalah pintu masuk ke floating market.

Perjalanan untuk shopping diteruskan lagi ke tiga tempat FO ini iaitu Rumah Mode, Mode Plus dan Fashion World bagi yang suka shopping di sini. Not me... 
Sehingga jam 1.30 tengahari, rombongan bergerak ke restoran sebelah untuk lunch....
 Menu masakan padang hari ni.... sorry yang atas kanan (2/3) tu adalah hidangan malam nanti.
Selepas solat zohor, terus ke Toko Tiga untuk shopping juga. Di sini pun sangat ramai peniaga jalanan yang akan mengikut dan menyerang kita sehingga sampai ke dalam bas. Bawah kanan (4/4) tu kononnya meminta untuk anak yatim, tapi diberitahu oleh tour guide kami yang dia sendiri pun tidak percaya, hanya helah mencari wang semata.
 Di jalan yang sesak juga masih ada penghibur jalanan.
Destinasi akhir hari kedua.... melalui Jalan Asia Afrika untuk melawat Paris Van Java... hanya mencuci mata di sini.... sebelum bergerak untuk dinner yg sedia menanti rombongan kami....

To be continue at 'Day 3 : Trip Jakarta - Bandung'....

No comments:

Post a Comment