Satu perjalanan selama 5 hari 4 malam yang tidaklah dirancang, melainkan hanyalah diketahui tripnya dalam 2 ke 3 minggu sebelumnya. Bila saja ditanya, aku terima dengan hati terbuka sekali pun hanya menumpang. Atas sebab inilah kemungkinan besar yang menjadi sebab seminggu lepas aku berbolak balik samada balik beraya atau tidak. Disebabkan bimbang berada dalam keadaan yang sangat meletihkan. Moga keputusan yang diambil difahami.
Mengikut rombongan bersama student master UiTM yang melakukan academic trip bermula pada hari raya haji ke-3 dan hubby adalah salah seorang tenaga pengajar mereka yang terlibat selain 3 lagi tenaga pengajar yang sudah tentunya juga membawa keluarga masing-masing. Malah beberapa student yang telah berkahwin pun turut membawa pasangan masing-masing. Ahli rombongan lebih kurang 50 orang. Orang kata sambil menyelam minum air.
Urusan di mudahkan dengan pengurusan agensi pelancongan dan rombongan kami memilih Fajjar Executive Travel Sdn. Bhd (1055837-X) yang berpejabat di no 2 Jalan Lumut, Damai Complex, 50400 Kuala Lumpur. Keterangan lanjut boleh dihubungi melalui talian 03-40500957 atau fax 03-40445206 dan juga boleh melalui email fajjarexecutivetravel@gmail.com. Tour leader kami pula ialah Mr. Harizan.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penerbangan asal dengan pesawat MAS bertukar kepada KLM dan program 4 hari 3 malam bertukar menjadi 5 hari 4 malam tanpa menambah belanja. Namun masih lagi ada keselesaannya.
Student beratur untuk urusan check in dalam jam 2 pm. Penerbangan kami terjadual pada jam 4 pm waktu tempatan. Tempoh biasa perjalanan dimaklumkan hanya dalam 1 jam 40 minit sahaja ke Jakarta. Namun atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan juga, flight terpaksa membuat beberapa pusingan di ruang udara sehingga perjalanan menjadi selama 2 jam 40 minit.
Oleh kerana airport Jakarta sedang dalam proses renovation dan flight tak dapat parking dekat, selepas je turun kapal, berpusu- pusu penumpang perlu naik bas untuk ke bangunan airport. Wah... banyak betul cabaran.
Jauh lagi perjalanan kami sebenarnya. Ini kerana dalam jadual yang diatur, program kami bermula di Bandung. Jadi rombonngan dibawa dengan dengan 2 buah bas 'pariwisata' (aku dimaklumi lebih kurang bas pesiaran lah). Nama aku pulak tersenarai berada dalam kumpulan bas B. Perjalanan ke Bandung mengambil masa 3 jam lagi dan ini belum lagi termasuk dengan 'macer'nya (jam) sekali. Aduuuh.... penat bangat gini.
Singgah dinner di restoren Bukit Randu. Hidangan siap sedia menunggu kami. Tema hidangan ialah 'Padang'. Sangat berselera semua orang kerana kepenatan mungkin. Aku pun suka dengan menu nasi padang ini, selera kampung. Sangat banyak menu lauk yang mereka hidangkan. Ada dalam 7 hingga 10 menu. Setahu aku 'Randu' tu adalah nama pokok yang aku pun tak tahu bagaimana rupanya. Lapang restoran ini.... suasana...
Pentas acara.
Menempuh perjalanan yang panjang. Rombongan menginap di De Batara Hotel yang bertaraf 3 bintang. Dah sampai hotel penginapan pun dalam lebih jam 12 tengah malam waktu tempatan, sedangkan di Malaysia telah lebih jam satu. Perbezaan masa cuma satu jam sini lagi lambat. Apa tak ngantuknya semua orang. Dua malam di sini, hanya untuk tidur dan mandi kerana program memang penuh sehingga ke malam.
Pandangan siang hari......
To be continue dalam 'Day 2 : Trip Jakarta - Bandung' ya......
No comments:
Post a Comment