Total Pageviews

Tuesday 15 October 2013

Aidil Adha 1434H

Salam Aidil Adha.....

Kali ini berkebetulan pula. Bukan dengan sengaja tak balik kampung. Tapi kerana persediaan untuk ke tempat lain atas urusan kerja pada sebelah pagi raya ketiga di samping cuti tak lama. Kesian hubby terkejar-kejar... jalan tak usah cakap... tentunya jam dengan perjalanan manusia pada hari cuti umum ini samada bercuti atau balik kampung. Bimbang bersarang dalam hati aku sebenarnya... tersepit dibuatnya. Tentu ada yang mengatakan, "dah ada kat Malaysia pun, tak pulang juga" atau "aku pun tak ada cuti juga, pastu akan berangkat dari kampung pun pada pagi raya kedua juga, boleh pun balik..." tapi biarkan mereka berkata begitu kerana sudah tentu mereka tidak memahami situasi dan keadaan aku. 

Seolah satu suasana baru aku rasakan. Bangun pagi-pagi dgn suasana raya, dengan kumandang sayu laungan takbir di udara, bebas lepas tanpa risau pada perasaan atau perasaan prejudis manusia yang tidak seagama. Aku ke surau kariah buat kali pertama di aidil adha ini. Selalunya jika tidak pulang beraya, aku selesa ke masjid kerana kemeriahannya. Bukan tidak sudi ke kariah sendiri sekalipun pada hari-hari biasa, tapi kerana lagi selesa dengan masjid.

Persediaan di dapur hanyalah ala kadar saja. Semalam sempat menyediakan lauk yang terlalu simple. Sambil itulah juga lauk untuk berbuka. Pastu teringin pulak nak buat kuih yang tak ketinggalan aku sediakan setiap kali raya, terutama raya puasa kerana agak mudah menyediakan bahan dan cara memasaknya. 
Ambon kukus...

Memang tiada mood masak untuk beraya sebenarnya... bersebab. Orang kata ambil syarat sudahlah. Alhamdulillah ada jiran yang sudi berkunjung ke rumah walau sekadar dengan jamuan minum pagi, makan roti cicah kari ayam je.
Tetamu merangkap jiran paling dekat kami.....

Sudi pulak aku berkunjung ke rumah jiran dekat dan jauh. Rajin mereka masak. Aku dapat juga merasa nasi minyak kari ayam. Pastu ke rumah jiran lama masa sama-sama menyewa di Jalan Haji Salleh dulu. Lagilah meriahnya mereka. Macam-macam ada... nasi beriani, nasi ayam, nasi hujan panas dengan segala lauknya. Ada lagi ketupat lemang dengan rendang ayam, daging serta kerang pun. Pastu ada lagi juga laksam Kelantan. Kerepek dua tiga lagu... banyaknya makanan. Ya lah... lagi pun semua adik beradik dia berkumpul di situ. Mak ayahnya pun datang beraya kat rumah dia. Tentunya teramat meriah bila semua berkumpul begitu.

Masa on the way balik rumah, singgah isi minyak motor yang hampir kering berkelip dah. Tiba-tiba aku dihulur sebungkus daging korban supaya disangkut pada handle motor. Alhamdulillah rupanya itu adalah pemberian dari taukeh station minyak tu untuk pengisi-pengisi minyak di station itu hari ini. Kebetulan pulak. Alhamdulillah. 

Dah balik rumah tu... penat la pulak. Padahal bukan berjalan sangat pun. Jika dihulurkan bantal, rezekinyaaaa... apa pun "SELAMAT HARI RAYA KORBAN 1434H" buat semua umat Islam di dunia ini... 

3 comments: