Sampai juga ke hari terakhir. Puas hati sangat dah banyak berjalan, banyak meninjau, banyak makan tapi tak banyak bershopping. Namun dapat sedikit pengalaman baru di sini. Macam-macam.....
Aku tak tahulah keadaan sini tapi nak jadi cerita, aku yang terpilih. Masa tengah kemas-kemas barang, baju-bajulah... esokkan dah nak balik, kena check out terus dah lepas sarapan. Hubby pulak tengah dalam bilik air. Tetiba ada orang ketuk pintu bertalu-talu. Terkejut sangat lah aku, siapa pulak cari kami malam-malam ni. Tak ada pula aku janji dengan sapa-sapa tadi.
Aku cubalah intai ikut lubang kecil dipintu. Nampak dua tiga orang macam lagak bibik, berbaju tshirt berkain batik sarung. Pastu dengan bawa budak kecil lagi. Apa dia orang nak... dalam hati... teruknya orang sini, sampai sanggup datang ke bilik-bilik hotel pulak untuk minta sedekah.
Aku ketuk pintu bilik air bagitahu hubby. Dia tanya, "Mana tahu orang tu nak minta sedekah"? "Sebab dia pakai kain batik sarung dan dukung budak kecil", bersungguh-sungguh aku jelaskan. Ya lah... dah 4 hari sebelum ni aku dikejar para peniaga dan pengemis, tak ke trauma gitu.... Tapi hubby tak bagi buka pintu.
Dalam 5 minit kemudian... telefon bilik pulak bunyi.... kacau betul mereka ni. Geram juga bila telefon pun hubby tak nak angkat. Sehinggalah mereka datang balik ke pintu bilik. Ketuk-ketuk lagi... Kali ni hubby beranikan diri buka pintu.... namun separuh terkunci dan lampu bilik dipadamkan (langkah keselamatan la tu).... Terkejut mereka ni tadi bila dengar suara yang berbeza dari orang yang mereka cari.... "Oooh... mintak maaf ya Pak, rupanya ini bukan kamarnya Mas........".
Kita geram pun tak leh nak buat apa, kenapa cerdik sangat dia orang ni tak gi check je dekat kaunter.... siapa penghuni bilik tu..... Sabar je.... tapi gerun pulak nak tidur malam tu.
So ini dah lepas sarapan, masukkan segala luggage ke bas dan ready untuk city tour pagi ni. Bukan shopping lagi ya.
Rombongan dibawa melihat-lihat keadaan, suasana, pemandangan di Kota Jakarta ini... menuju ke Old Batavia, kota yang telah lama ditinggalkan yang menjadi pusat pemerintahan Belanda dahulu. Snap mana yang sempat....
Pasar Glodok, Chinatown di Jakarta.
Bagus betul bila beratur begini semasa menunggu bas.
Kebanyakan kereta vios di sini digunakan sebagai 'Taksi'
Salah satu contoh kemungkinan berlakunya 'salam tempel' di sini. Penunggang motosikal ditahan oleh 2 orang anggota polisi yang bertugas kerana telah sengaja melalui lorong jalan yang salah dan tidak dibenarkan kepada kenderaan individu.
Demonstrasi sedang berjalan.
Cara selamat membawa ais dengan basikal.... :-)
Kawasan pintu masuk ke National Monument Indonesia (MONAS).
Berketinggian dalam 132 meter. Puncaknya itu dibina dari emas tulin seberat 50 kilogram.
Suasana....
Bersama students UiTM....
Dari sini, rombongan dibawa melawat Masjid Istiqlal. Melawat dan bersolat zohor.
Masjid Istiqlal merupakan masjid yang terbesar di Asia.
Antara suasana di dalam masjid.... begitu luas, lapang dan saujana mata memandang. Aku pun dah tersesat di dalamnya ketika mencari jalan keluar. Tercuai sikit. Menurut penerangan tour guide kami, masjid Istiqlal ini mampu menampung sehingga 1 juta jemaah ketika solat aidil fitri. Manakala ketika solat jumaat, biasanya menampung dalam 500 000 ahli jemaah. Bayangkan besarnya masjid ini.
Suasana di luar masjid.
Gereja besar yang berhadapan dengan masjid. Dikatakan jika kesesakan berlaku dan tidak cukup parking di masjid, maka dibenarkan untuk parking di dalam kawasan parking gereja ini. Masya Allah....
Lunch time selepas tenang melawat masjid. Makan ikan kaloi ya tengahari ni.
Sebelum terlupa, ni ha... salah satu special juice di sini, jus avocado atau disebut 'jus alpukat'....Masa kat Bandung, tak rasa nak mencuba. Tapi selalu pesan air ni di Jakarta. Tidak seperti di Malaysia, jus avocado dibuat pekat dan lemak berkrim sedap rasanya, dicampur dengan air gula merah. Avocado dikatakan murah disini. Ya... harus dicuba bila ke sini...
Pekat berkrim.....
No comments:
Post a Comment