Total Pageviews

Monday, 20 February 2012

CaRa TrAdisioNal PeTik KeLaPa

Biar secanggih mana pun teknologi terkini, cara tradisional dan lama jangan sekali-kali kita lupakan. Ini kerana dari asal yang lama lah akan terciptanya yang baru. Dari yang lama lah, akan ada idea untuk menkaji cara yang lebih mudah dalam melakukan sesuatu. Manakala dalam keadaan tertentu, kadang-kadang kita masih memerlukan cara yang lama bagi menyelesaikan kehendak dan kerja kita.

Baru-baru ini semasa aku masih dalam percutian di kampung, ayah meminta salah seorang rakannya  yang tinggal sekampung untuk untuk memetik buah kelapa bagi keperluan kami. Kelapa ini akan di petik dengan cara tradisional iaitu dengan menggunakan perkhidmatan beruk terlatih. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk merakamkan peristiwa yang telah bertahun-tahun lama aku tidak menyaksikannya. 

Nama kawan ayah tu ialah Pak Kadir yang mana kami memanggilnya dengan panggilan ringkas Pak Dir sahaja. Datangnya sebagaimana yang di janjikan. Pak Dir datang hanya dengan menaiki basikal lama (bukan basikal tua) dengan di bonceng oleh beruk yang duduk di bahagian hadapannya pada tempat duduk yang dibuat khas untuknya. Begitu unik sekali....

Dengan patuh si beruk mengikut arahan tuannya, naik ke pokok kelapa dan memulas buah sebanyak yang dikehendaki tuannya. Ada ketikanya timbul juga beberapa masalah kecil semasa beruk berada di atas pokok, tetapi dapat diatasi oleh Pak Dir. 

Pak Dir tersenyum.... puas hati dengan kerja yang dilakukan oleh si beruknya tadi. Buah -buah kelapa dapat dikumpulkan dan cukuplah untuk digunakan dalam seminggu dua. 
Ayah pun ada juga memelihara tiga empat ekor beruk, cuma mungkin beruknya tidak dapat bertugas pada hari ini. Sebab itulah khidmat beruk Pak Dir di perlukan.

Ini pun kawan sekampung ayah juga, berehat sambil minum air semasa beruk Pak Dir sedang bekerja.
Terima kasih kepada Pak Dir atas khidmat beruk yang di sediakan. Sebenarnya Pak Dir yang aku kenal ini, aku kira adalah seorang yang serba boleh. Selain dapat memberikan khidmat memetik kelapa, dia juga seorang tukang urut tradisional dan apa yang lebih istimewa lagi, Pak Dir terkenal di kampung kami sebagai seorang tukang gulai. Telah beberapa kali khidmat Pak Dir sebagai tukang gulai di gunakan dalam kenduri-kendara yang di adakan oleh keluarga kami. 

Itulah namanya kehidupan dan kerja orang dulu-dulu memerah keringat dalam mencari sumber untuk menyara kehidupan. Kini mungkin kerja-kerja seperti memanjat kelapa dengan khidmat beruk ini telah jarang atau tiada langsung dilakukan oleh anak-anak muda. Mereka seolah tiada minat untuk melakukan semua ini. Mungkin suatu hari nanti, ianya bakal pupus dan akan terpamir di muzium sahaja.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment