Selamat Hari Raya dari kami buat semua..... (selepas solat aidil fitri)
Di subuh hening pagi raya.....
Sebelum berangkat ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri. Makanan telah siap tersedia di meja :-)
Nasi minyak zaitun, aku punya
style
Kuzi
goat bersama hati
lamb dimakan samada dengan nasi atau roti dan salad.
Set nasi himpit, kuah kacang dan sate goreng serta timun dan bawang juga tersedia.
Special edition....Tapai biasa dan tapai pandan bergabung.
Rojak buah penghilang muak di hari raya.
Ambun kukus
Set kunyahan dihari raya.
Sesampai di masjid sebelum solat sunat Aidil Fitri.
Bersama kawan dari Lous.
Turut menjemput dia datang rumah.
Tidak ketinggalan Alaa dari Iraq ini yang sentiasa
happy dan tidak melepaskan peluang dengan jemputanku. Dia adalah penggemar masakan Malaysia terutama kari dan juga kuzi ini.
Adik-adik
undergrad dan juga rakan satu pejabat hubby di Uni. Masih ada yang tidak dapat menghadirkan diri.
Jiran terdekat dengan rumah aku Faisal dan Aqilah dari UKM Bangi yang menjadi tetamu akhir aku petang ini. Kedua-duanya belajar di sini.
Dan ada lagi tetamu yang tak sempat untuk kami snap gambar. Mungkin bila dalam kekalutan melayan tetamu, ada yang aku lupa. Tapi alhamdulillah raya kami meriah juga di sini. Penat masak juga terbayar dengan kehadiran tetamu yang datang menceriakan rumah kami. Ok petang ni ada dua tempat lagi yang aku kena hadir. Terima Kasih kepada semua yang sudi hadir.