Total Pageviews

Tuesday, 22 January 2013

Port LinColn MulloWay Fish

Ikan kat sini mahal, tiada yang semurah chicken wing berharga AUD2.50 untuk sekilo (harga biasa) yang selalu di beli oleh aku atau kawan-kawan lain kat sini. Rasanya itulah part lauk yang paling murah yang wajib ada dalam freezer setiap rumah melayu (mungkin). Malah adakalanya chicken wing di offer sehingga turun ke harga hanya AUD1 sahaja untuk sekilo. Betapa murahnya kan..... Pastu kanak-kanak pun suka. Orang tua pun suka juga jika masa mula-mula sampai Adelaide, tapi pastu faham-faham sendirilah. Dengar kata di Malaysia melambung-lambung tingginya harga ayam dah, lebih-lebih lagi chicken wing ni. 

Ikan pula tak perasan pulak aku jika ada yang di jual bawah harga AUD 5 sekilo. Oh mungkin pernah aku dengar ada kawan beli ikan basa fillet yang frozen dengan harga AUD 3.99 atau 4.99 sekilo. Itu pun sesekali masa offer. Jika satu masa dulu pernah aku borong berekor-ekor ikan siakap sederhana saiz yang frozen dengan harga AUD5 sekilo. Dah sampai rumah pun sanggup patah balik ke kedai tu semata-mata nak borong habis stok yang ada kat kedai tu. Bukan apa, sebab sebelum tu dah pernah aku beli kat situ dengan harga AUD10 sekilo. Teringat lagi berbulan-bulan aku simpan stok ikan siakap tu, kat sini ikan siakap dipanggil dengan nama Baramundi. Masa tu amat puas hati memakan ikan siakap yang dimasak menu 3 rasa. :-)....

Sesekali tu bila ada offer, rajin juga aku beli terus banyak-banyak ikan dan buat stok up dalam freezer. Budaya kat sini memang kena gitu pun. Ada sekali masa perayaan krismas tu, ada satu offer untuk ikan Mulloway ni. Daripada harga AUD30 turun kepada AUD10 untuk sekilo. Ikan mahal ni.... aku apalagi terus beli sampai 3 keping. Besar ikannya. Bila bakar, masyaAllah enak sungguh rasanya. Pastu esoknya, rasa macam nak tambah lagi, hubby minta lagi aku gi beli kat kedai tu. Aku pun borong lagi sampai 5 keping. Tak  muat peti dibuatnya. Kena tolak-tolak sampai peti tak leh nak nafas.
Ha... inilah ikan Mulloway tu....

Yang aku sebut 'Port Lincoln' pada tajuk kat atas tu mungkin sebab di tangkap dari lautan Port Lincoln. Port Lincoln tu adalah nama tempat. Ikan ni dah di slicekan sekeping-sekeping macam ni, maknanya sebelah ikan setiap keping. Besar ikan ni. Aku bagi ukuran agak-agak lah ya.... panjang dia dalam sekaki setengah dan lebar dia dalam sejengkal terik aku. Sekeping tu kiranya boleh potong lagi dua untuk sekali makan. Atau pun jika nak makan mewah sikit dan teringin nak meratah, teruslah masak sekeping tu. Boleh masak macam-macam resepi kegemaran. Cuma aku suka dengan cara bakar atau goreng saja.

Beberapa cara yang aku masak.....

Se simple goreng garam kunyit pun sememangnya sedap. 


Apa lagi bakar / grill dan cicah dengan air asam serta regu dengan kailan goreng.

Ini pula bila nak bakar dua versi, satu bakar kosong dan satu lagi bakar diletak sambal petai. Masa membakarnya boleh serentak saja.

Jika suka, boleh dua-dua letak sambal petai ni.
Teringat pula masa makan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai, kawan yang bawa dan belanja makan kat situ. Ikan bakar dia iras-iras ginilah.

Semua cara masakan ini cukup sesuai dengan ikan ini. Rasanya tetap lembut, isi ikan yang lemak manis lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas samada di makan dengan nasi putih panas-panas atau diratah begitu saja, mmmmm..... sedapnya..... Boleh cuba ya.....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment