Total Pageviews

Saturday, 19 January 2013

My Daily Drink

Setahu aku dan memang aku rasa ia suatu fakta juga, mengatakan susu kambing ini adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Betul ke tak...? InsyaAllah betullah tu, jika tak... pakar tak kata gitu kan...

Ada orang tak suka sangat dengan susu kambing ni, selalunya kerana baunya yang tak sedap atau tak menyenangkan. Mujur aku dapat meminumnya secara baik dan selalunya sebagai pengganti makan tengahari. Pagi tak boleh, macam rasa ada nak minum minuman lain. Tapi minum juga kekadang masa perut masih kosong.
Ini susu kambing yang segar dan tak boleh di simpan lama, tapi bagus sangat. Hubby yang perkenalkan dan wajibkan aku minum setiap hari. Jangan badan aku ter absorb bau kambing dah lah ya... mustahil lah....

Yang jenis tahan lama macam ni pun ada, maknanya ia bukan susu segar dan boleh di simpan lama sebelum di buka. Aku terbeli satu kali tu bila tak ada yang fresh dalam supermarket tu, mungkin kerana dah kehabisan masa tu. Tapi hubby tak menggalakkan aku minum yang ini, sebab yang segar lagi bagus katanya.

Usia yang makin meningkat, perlu pada kalsium yang cukup untuk penjagaan tulang. Jika sesuatu yang kita tahu ianya mendatangkan kebaikan dah tidak memudharatkan apa-apa tu, apa salahnya kita mengamalkannya kan.... Cuba lah....


Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment