Terperap lama pulak entry ni kat dalam draf part. Tapi cerita yang ini hanya berlaku setiap kali perayaan krismas. Sebuah perkampungan yang meriah dengan hiasan lampu warna-warni, berkelip-kelip bercahaya dengan bermacam bentuk dan corak setiap kali tibanya sambutan hari krismas dengan tema semestinya tentang perayaan krismas. Istimewanya bila setiap rumah yang berhias gemerlapan itu membenarkan setiap pengunjung bergambar di hadapan rumah cantik mereka.
Sejak berada di sini, ini adalah kali kedua aku ke sini. Datang semata-mata ingin menyaksikan kecantikan dan hasil kreativiti penghuni setiap rumah menghias rumah mereka. Perkampungan ini bukanlah dekat dengan tempat tinggal aku. Berada jauh di atas Adelaide Hill, mungkin dalam sejam atau lebih perjalanan, lupa aku nak tengok jarak pada GPS yang aku gunakan.
Dek kerana pergi pun pada malam hari (siang hari mana dipasang lagi lampunya kan), gambar yang diambil pun faham-fahamlah dengan kamera kecil aku yang serba kekurangan masa tu.
Beberapa gambar yang aku rakamkan.....
Di Bandar kecil Lobethal, dalam satu dewan gereja yang di buka gerai di dalamnya.....
Hihihi.... ada juga penghuni yang buat papan tanda ni.....
Lewat malam baru sampai rumah aku, semua kepenatan dan tentunya kelaparan juga.... Ini kira supper la ni, sempat juga masak mihun sup sayur dan goreng ayam tepung kentucky. Melayan perut sampai jam 2 pagi.....
Bagi aku... aku rasa pengalaman masa aku pergi yang pertama dulu lagi menarik. Selain pergi awal petang beramai-ramai, solat maghrib dan bergambar beramai-ramai, hiasan setiap rumah masa tu lebih cantik, menarik, gemerlapan dan lebih ceria dari yang kali ini.... Tapi bolehlah untuk aku menjamu mata dengan cahaya untuk kali ini, mana tahu ada lagi rezeki untuk melihat cahaya kilauan lagi di mana-mana. InsyaAllah.....
No comments:
Post a Comment