Total Pageviews

Friday, 4 January 2013

Mengindir Yang Nyaman


Suhu Hari Ini


Weather for Adelaide SA

37°C | °FFriSatSunMon
ClearClearClearClear
Clear
Wind: SW at 16 km/h
Humidity: 15%44°18°31°16°33°19°42°20°

***Tengoklah forecast cuaca Adelaide hari ni. Jumaat berada di antara 18 - 44. Oooo.... panas betul aku tadi. Nampak je paling rendah tu 18, tapi 18 tu masa awal pagi atau dah lewat malam dah. Siang harinya lebih 40. Aku yang jarang pasang kipas dalam rumah pun (cheeeeh....massih terpengaruh dengan cuaca musim sejuk) wajib pasang kipas tadi. 

Hari ni pulak badan rasa tak berapa sihat, sakit-sakit dan lenguh-lenguh, kepala pun sakit. Dah lama aku tak tidur siang, hari ni bagai di paksa-paksa pula supaya aku berehat lebih. Dari pagi aku masak tumis budu, esok nak sarapan pagi kat rumah Kak Yatt, majlis akhir untuk Kak Nana. Jadi tugas aku buat yang main 5 perkara basic untuk nasi kerabu. Dalam pada duk masak tu, rasanya hampir berpuluh kali aku bersin dan batuk, bau masakan, yelah... nak buka tingkap, takut masuk haba panas dalam rumah, harapkan penyedut dapur je... Makin tak larat dibuatnya, lepas je solat zohor awal waktu, terus aku masuk tidur, sampai lebih jam 5 petang, lamaaaanyaaaa aku tidur.....  kunci jam pukul 3, macammana boleh tak jaga, hari ini dalam sejarah ni....

Jaga-jaga tu pun sebab hubby call, saja nak check katanya. Hubby kan baik hati... :-) Tadi dah bagitau dia nak tidur jap. Mana tahu apa-apa jadikan... aku kan tak sihat... berpanas pulak kat rumah. Dia tak apalah nyaman dalam air cond kat opis. Nasib baik dia bukan call sebab nak balik dah, aku pun belum ready apa-apa lagi, belum solat dan belum masak.

**********
Teringat pulak pada hari minggu dua minggu lepas. Masa tu panas nya macam nilah. Culture kat sini jika cuaca panas, ramailah orang Ozi ni gi mandi pantai, mengambil angin sejuk. Kebetulan pulak masa tu salah seorang kawan aku yang kaki pancing la juga, ajak gi pantai. Boleh juga untuk mencari tempat yang sedikit nyaman daripada berkuap dengan haba panas saja dalam rumah. Nak mandi malaslah, tapi saja lepak-lepak atas jetty dan main air....

 
 
 

Lepak sampai ke maghrib.

 Formulanya di sini, jika cuaca panas, carilah kawasan yang ada air, insyaAllah dapatlah sedikit kenyamanan angin daripada wap air tu..... 
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment