Total Pageviews

Thursday, 10 January 2013

Hari Sayu Ku....

Dari sabtu menjelma ahad, tiba pula isnin, kemudian selasa, diikuti rabu.... tut tut hari ni dah khamis rupanya. Laju sangat, lupa dah apa aktiviti setiap hari. Kenapa pulak aku sebut hari sabtu yang mula-mula sekali tu...? Oooo... a aaah.... nampaknya hari sabtu tu hari sayu aku rupanya. Kenapa pula sayu ni....? Apa ya... aku tak tahu nak pastikan sangat, kadang-kadang nak nilai dan ukur perasaan sendiri pun susah kan. Walaupun dengan hati sendiri, antara aku dan Allah, semestinya Allah lah yang maha mengetahui. Walillahil hamd....

Yalah, dari sehari sebelum aku buat persiapan untuk majlis hari sabtu tu, yang aku cerita hari aku tertidur lama tu... sebenarnya bangun-bangun tidur tu aku nampak ada satu sms dalam phone aku, tak sedar bila pulak masuknya. Nyenyak sangat tidur orang yang kepenatan ni rupanya. Apa kandungan sms tu..? 

Ni haaa... ada seorang kawan tu bertanyakan confirm ke aku ni nak jualkan portable air cond aku tu pada dia. Saja dia bertanya harganya. Setelah bincang ngan hubby, hubby minta kawan tu make an offer je, kami pun beli yang baru, cuma hanya dipakai beberapa kali je. Air cond pun hanya dipakai dalam summer je kan yang hanya berlaku selama 3 bulan sahaja dalam setahun pun. Itu rumah yang dulu. Bila pindah ke rumah yang sekarang ni, rumah ni dah ada air cond tetap dah, jadi tak pakai dah lah yang portable tu....

Biasalah dengan kawan ni, tak sampai hati nak meletak-letak harga. Dia orang pulak segan nak mengoffer... Pendek cerita, last-last selepas berbasa basi, dapat lah juga kata sepakat berlebih kurang saja antara kami. Dengan kata lain terjuallah juga air cond aku tu.... dengan harga kawan-kawan kata hubby....
Pagi sabtu : Sempat lagi bergambar kenangan sebelum kawan tu datang ambik portable air cond ni....Sayulah juga, tapi nak buat cammana... nak bawa balik pun macam antara berbaloi ngan tidak.... 

Hampir ke pukul 10.00 pagi tu bergegas pulak ke rumah Kak Yatt. Janji ramai-ramai sarapan pagi kat sana. Hari ni hari keberangkatan pulang for good salah seorang geng lama kami kat sini, Prof Madya Dr Kamarul Ariffin Khalid , bekas Presiden Malaysian Postgraduate Students Association Of South Australia (MyPSA) yang pertama di Adelaide serta isterinya Rozana Osi (tentunya dia bergelar wanita pertama).
Haa... Inilah dia kesayuan hati ku yang ke dua kalinya pada hari sabtu tu.... Dah berpisah dengan geng rapat kami di sini..... :-(.... 

Persiapan sebelum majlis......

Tengah bersarapan lah ni......

Dia orang akan terbang jam 2.30 petang, jadinya paling lambat pukul 12.00 tengah hari dah kena bertolak dari rumah Kak Yatt. Semua orang yang ada kat situ pun iringilah sama-sama ke air port. Tiba-tiba aku yang tengah on the way masa tu dapat berita mengatakan flight dia orang delay mungkin sehingga malam ini. Masalah apa wallahu a'lam, flight MAS dari Malaysia pun belum start terbang ke sini lagi masa tu. Kelakar juga sekali dengar bila semua orang kembali ke tempat berkumpul di rumah Kak Yat semula.... makan-makan lagi, masak lagi, lepak lagi hinggalah ke pukul 7.15 petang.

Petang tu agak kalut juga bila tiba-tiba salah seorang kawan yang telah berada awal di air port menelefon Dr. Kamarul mengatakan sudah kedengaran final call untuk penerbangannya. Tak tunggu dah, bergegaslah semua orang , apa lagi si empunya tiket penerbangan tu..... Jika kat jalan raya masa tu kena saman pun dah tak heran sebab pemandu pun tekan pedal minyak dengan lajunya.

Melihat kepada reaksi ini pun rasanya dapat di bayangkan betapa lajunya langkah di hayunkan....

Kerana kesuntukan masa agaknya, tak sempat nak melayan perasaan sangat atau nak bersedih-sedih. Habis je mengisi borang, terus boarding dan bye-bye.... Ketika ni macam funny sangat bila hand carry pun tertinggal, nasib baik cepat terlihat oleh pengiring semua. Terlaung-laung memanggil nama Dr. Kamarul sampaikan orang bahagian pemeriksaan tu pun terpinga-pinga pelik.

Masih setia menunggu walau hanya dapat bersembang di sebalik cermin. Kecil je air port kat sini..... Sehinggakan orang nak masuk flight pun masih boleh tengok lagi. Masa tengah-tengah menunggu ni, ingat tak akan hujan, rupanya ada juga hujan panas yang turun kat dalam airport ni. Tapi yang menurunkan hujan tu tak termasuk aku tau. Aku kena kebalkan diri.

Selamat berangkat.......
Telah habis perjuangan kalian di sini. Selamat jalan dulu, insyaAllah kita jumpa lagi kat Malaysia pula.......
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment