Demi diri mu....
Selalunya aku pick up my boss bila saja dia call, dan kami dinner saja di rumah selepas itu. Bos aku ni peliknya selama mana pun berada di Uni tidaklah dia terasa tahap kelaparan dia dan keinginan untuk makan, tapi bila sampai saja di rumah dan pintu rumah terbuka, haa... masa tulah tahap kelaparan dia sudah tidak boleh ditangguhkan lagi. Itulah hakikat yang dia alami. Tak lah pelik sangat, tapi itulah yang disetkan oleh minda dia. Untuk trip ni aku hanya melalui 2 pasang perjalanan pergi dan balik (2 kali pergi dan 2 kali balik), normal dan paling save (minyak kereta)
Kerap kali juga aku ambik dia pada petang hari dan bawa balik rumah untuk dinner dulu. Sejam ke sejam setengah kemudian aku akan drivekan dia balik ke Uni untuk menyambung kerja. Sekali lagi aku datang ambil pada lewat malam atau selepas isyak. Untuk trip ini pula aku perlu melakukan 4 pasang perjalanan pergi dan balik. Bermakna 4 kali pergi dan 4 kali balik. Wah... aku betul-betul berkhidmat sebagai driver ni....
Atau.... Aku boleh juga nak jimatkan atau kurangkan satu pasang trip perjalanan aku. Kali ni aku akan bawa dinner untuk bos aku ni dan kami makan sama-sama di mana-mana park yang sesuai dan tak jauh dari Uni. Ermmm.... menarik tu.... maknanya aku tak bawa dia balik untuk dinner, lepas makan hantar dia semula ke Uni, sebab tulah trip perjalanan aku boleh jimat satu trip. Ah pening pulak dengan trip-trip ni....
Dinner picnic di sebelah river bersebelahan dengan uni.
Kelengkapan cukup.
Yang menariknya, kebetulan masa tu kami dapat menyaksikan wayang free sambil makan. Tapi tak lehlah aku nak tunjuk wayang free yang aku tengok tu. Kalau boleh snap, aku dah snap dah. Alaaah bukan menarik sangat pun.... ada sepasang couple tu tengah berdating di satu kerusi hanya beberapa langkah dari tempat kami makan je. Dengan tak tahu malu berpe**k dan berc**m dengan selamba saja. Bukan sekali dua malah sepanjang-panjang kami makan di situ hinggalah kami meninggalkan tempat tu semula, wayang tu masih belum tamat. Punyalah tiada perasaan segan silunya orang yang tak tahu malu ni kan. Rasanya ada-ada masanya makhluk bi****ng pun tahu malu kan. Mudahan mereka itu mendapat hidayah....
Berbalik pada kisah picnic aku tadi, memang seronok sesekali makan berdua gitu, macam bercinta juga kan, tapi tak delah sampai nak buat macam couple tadi. Seronok dibelai udara yang nyaman dan segar, dapat tengok orang berjogging, itik berenang, burung berterbangan, awan berarak, langit membiru.... wah.... macam-macam keindahan lagi, terapi hati dan minda juga sebenarnya.
Oklah kalau dah seronok tu, bolehlah buat lagi dilain kali pulak kan..... InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment