Total Pageviews

Thursday, 16 August 2012

OverTime Study


Ruang meja study hubby dekat bilik pelajar Post Graduate nya.

Sesekali terpaksa buat overtime bagi men settle kan kerja-kerja yang sentiasa menuntut supaya disiapkan.

Masa tu aku memandu ke pejabat hubby sebelah petangnya dengan membawa bekal untuk berbuka. Aku menemaninya di pejabat ketika ini. Sehinggakan solat terawikh pun dalam ofis ni. Kami meninggalkan ofis malam tu pada jam 12 malam. Apa boleh buat...hubby kena hantar tugasan kepada supervisornya sebelum esok. Tapi tidak pelik kerana masih ada lagi seorang rakan yang meneruskan tugasanya sehingga ke pagi. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan.... amiiin....
Posted by Picasa

Wednesday, 15 August 2012

Kuih Biji Nangka


Antara kuih yang seolah menjadi sinonim dengan bulan puasa...

Bahan Kuah :-
800ml santan dalam tin
1 sudu besar halba
2 helai daun pandan
sedikit garam
gula seelok manis yang kita suka
sedikit air bancuhan tepung jagung
2 helai daun pandan

Bahan isi biji nangka :-
400 gram tepung pulut
sedikit perasa pandan (nak blend daun pandan pun boleh juga)
sedikit pewarna hijau
secubit garam
sedikit air kapur makan
Air secukupnya

Cara membuat kuah :-
Panaskan santan dalam periuk. Masukkan daun pandan, sedikit garam, bukan untuk masinkannya tetapi hanya untuk bagi dia rasa lemak manisnya. Masukkan halba dan gula. Sentiasa kacau agar santan tidak meruap. Rasakan manisnya. Bila sudah mendidih sebentar, matikan api dan tambah bancuhan tepung jagung bagi memberi kepekatan pada kuah.
Ada orang suka letak halia ke, serai ke...tapi hubby dah siap pesan...jangan letak apa-apa lagi kerana dia dah ok dengan rasa yang itu.

Cara membuat biji nangka :-
Masak kira-kira 2 liter air dalam periuk hingga mendidih. Sediakan satu bekas, masukkan tepung pulut, garam, air kapur, pewarna dan perasa pandan. Masukkan air sedikit-sedikit sambil di uli. Jika dah jadi doh (tidak melekat kat tangan), ambil secubit doh sebesar hujung jari kelingking dan bulatkan memanjang macam bentuk biji nangka. Jangan buat besar sangat kerana ia akan kembang dalam air mendidih nanti. Dah bentukkan terus campak dalam air mendidih dan tunggu sehingga ia terapung menandakan ia dah masak. Cedok dan sejatkan airnya serta masukkan ke dalam kuah. Buat sehingga doh habis.


Salah satu kuih tradisional negeri Kelantan.

Pernah sekali aku diminta oleh kawan satu negeri ku untuk menyediakan kuih ini semasa dia menjemput aku berbuka puasa di rumahnya baru-baru ini. Bersama kami dalam majlis itu ada seorang rakan dari Serawak yang belum pernah merasa kuih ini. Bila di pelawa makan kuih biji nangka ini, dia begitu teruja ingin mencuba. Disangkanya betul-betul biji nangka, tapi kenapa lembut katanya. Kami ketawa tetapi sebenarnya dia menyukai rasa kuih itu.....

Posted by Picasa

Tuesday, 14 August 2012

Selera Nasi Bubur


Sesekali rasa nak makan nasi bubur atau dulu aku panggil dia nasi air dalam loghat Kelantan aku. Teringat zaman kanak-kanak aku yang mana semasa bersama mak aku yang sedang masak nasi dengan dapur kayu. Apabila nasi yang dimasak itu sedang mendidih, mak selalu mencedok air didih dari periuk dan di dalamnya akan termasuk sekali sebiji dua nasi yang separuh masak. Mak akan bubuh dalam mangkuk dan diletakkan sedikit gula dalam air didih itu. Sedapnya menghirup air didih berperisa beras yang manis itu. Sebab itulah setiap kali mak masak nasi, aku akan order awal-awal air didih tu beserta dengan sedikit nasi mentah di dalamnya, maka nanti mak akan lebihkan air bila masak nasi kerana sedikitnya akan dicedokkan untuk aku menghirupnya. Manisnya kenangan saat itu dan masih terlekat kukuh dalam ingatanku....

Nasi air yang aku maksudkan pula ialah nasi yang direbus dengan air yang banyak, hanya beras dan air sahaja. Bila dah kembang dan lembut, cedokkan ke mangkuk dan masukkan sedikit gula untuk memaniskannya. Di hirup begitu saja. Ringkas saja nasi air ku ketika itu...

Tapi kini aku membuatnya dalam versi kegemaran sendiri. Bukan sudah lupa kenangan lalu, cuma menambah apa yang dirasakan ingin dimakan.

Beras atau nasi di rebus bersama kentang, lobak merak, bawang besar, lada hitam dan sedikit garam. Tambah saja apa perisa yang kita inginkan samada cebisan ayam, daging, ikan rebus yang digoreng atau ikan bilis goreng yang ditumbuk halus atau beberapa ekor udang atau apa sahaja yang kita suka. Kali ini aku buat nasi bubur macam makan mihun sup. Biasalah kerana bulan puasa, citarasa macam-macam.....

Ada potongan fish cake....

Sayur bok choy goreng....
 
Ada serunding ikan yang aku buat hari tu.... 

Campurkan semua bahan, tambahlah hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh ditambah lagi dengan serbuk lada putih... sila lah makan....
Posted by Picasa

Monday, 13 August 2012

Welcome To Dr Zara


Berbuka puasa bersama Dr Zara, teman yang datang ke Adelaide ini lebih awal dulu. Kira-kira selepas setahun aku di sini, dia telah kembali ke Malaysia for good setelah berhempas pulas selama 4 tahun dalam pengajian PhD nya. Dia sebenarnya juga adalah salah seorang pensyarah UiTM Shah Alam. Suaminya pernah belajar bersama hubby di UiTM suatu ketika dulu. Secara tidak sengaja terjumpa di sini. Dulu... akulah guru mengaji kepada anak sulungnya Balqis. Berkebetulan pula dia datang ke Adelaide kali ini pada bulan ramadhan untuk menghadiri majlis konvokesyennya. Dia datang bersama Dekan Jabatannya Dr. Intan. 

Tidak melepaskan peluang aku telah menjemputnya untuk berbuka puasa di rumah aku. Sekali lagi menu nasi kerabu dan ayam percik menjadi hidangan utama berbuka. 
Hidangan yang belum lengkap....


Ulam-ulaman....

Ayam percik...

Solok lada tidak ketinggalan....

Perisa utama...Budu...

Tumis budu.... 

Sesaja membuat air lemon berbiji selasih....

Suasana berbuka....
 
 
 
 
 

Suami isteri ini juga adalah penggemar nasi kerabu....

Sibuk nampaknya tuan rumah men top-up air minuman yang hampir habis....

Sebenarnya hati gembira bila ada kawan-kawan yang sudi datang berbuka puasa kat rumah. Meriah dan ceria. Hilang penat bila melihat tetamu menjamu selera... InsyaAllah ada rezeki boleh sama-sama berbuka lagi...
Posted by Picasa

Thursday, 9 August 2012

My First Kuzi


Alhamdulillah... tercapai juga hasrat hubby nak makan kuzi di Adelaide ni....

Jika dekat Adelaide ni aku jumpa rempah kuzi, pastinya sudah lama hasrat hubby tertunai. Tapi sebenarnya nak buat rempah sendiri pun boleh aje. Cuma banyak bahan yang nak kena cari. Lagi pun aku tak pernah memasaknya sebelum ini, malah rasanya pun aku kurang pasti. 

Hubby suatu ketika pernah bercerita, jika time raya, salah seorang mak cik dia selalu masak kuzi... samada di makan dengan roti atau nasi minyak atau nasi putih sahaja. Kekadang tu mak cik tu buat kuzi kambing dan ada ketikanya dia terjumpa secebis hati kambing kat dalam kuzi tu dan alangkah lazatnya bila menggigit hati kambing itu.

Aku ni pantang juga bila mendengar hubby mengidam, sedaya mampu aku cuba nak masak sendiri apa yang dia idamkan. Mujur juga ada bantuan yang membolehkan ma mengirim rempah tu melalui seorang kawan. So terhasillah kuzi daging ni hasil percubaan pertama aku... Kerap juga menelefon dan mengganggu hubby dekat ofis hari tu, bertanya macam-macam padanya tentang rasa kuzi ni... yalah mana aku tahu rasa dia cammana... aku cuma ikut resepi, selebihnya tak tahulah... tapi alhamdulillah hubby kata menjadi dan macam tulah kecapannya... Rasanya lebih kepada manis... InsyaAllah lain kali kuzi kambing dan ayam pula bakal menyusul ya...

Jadi pada petang itu, kami pun meraikannya dengan mengajak tiga family kawan kami di sini untuk sama-sama berbuka puasa dan menikmati hidangan kuzi daging ini.

Suasana berbuka dan moreh.....
  
 

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang dan sudi memeriahkan suasana... 
Posted by Picasa

Wednesday, 8 August 2012

Kad Raya Dari Malaysia


Dekat separuh hari hujan pada hari ni... Pagi-pagi selepas balik dari menghantar hubby ke Uninya, aku mengintai dari tingkap bila mendengar enjin motor posmen. Mana tahu ada surat ke alamat rumah aku. Aku tak nak nanti surat tu basah sebab masa tu hujan. 

Rupanya betul sangkaan ku... kebetulan je... selalu aku tak mengintai pun. Aku nampak posmen memasukkan surat ke peti pos pagar rumah aku. Terus saja aku keluar kerana tak nak surat itu basah nanti. Bila aku teliti surat itu... alamatnya bertulisan tangan... aku mengagak, tentunya kad raya. Tapi aku tunggu dulu untuk sama-sama membukanya dengan hubby bila dia balik petang nanti.....

Kiriman kad raya bermuzik dari keluarga di Wakaf Bharu mengunjungi kami setelah kali ke-4 ramadhan kami di Adelaide ini... Terima kasih semua... Kami juga sentiasa mengingati kalian....

Muzik lagu raya yang mengusik kalbu dalam memori....
Posted by Picasa

Monday, 6 August 2012

SerunDing Ikan Tuna


Serunding ikan atau di negeri Kelantan di panggil je 'sambal ikan', sama glamour nya dengan serunding daging juga. Di makan bila-bila masa pun lebih-lebih lagi lah dalam bulan puasa ni. Seolah macam makanan yang patut ada dan di buat spare pulak, mana tahu bila bangun sahur tak lalu nak telan nasi, cuba gaul dengan sambal ikan ni, jeliralah sikit. 

Samalah juga dengan aku lebih-lebih lagi hubby, serunding ikan ni kena ada dalam bulan puasa ni dan bersambung masa hari raya juga. Bulan-bulan lain pun ada juga aku buat, tapi bulan puasa ni wajib bagi aku untuk membuatnya. Pilihlah satu hari yang tak banyak kerja sikit kerana untuk menyiapkannya akan memakan masa yang berjam-jam. 

Dulu masa di Malaysia, sebelum aku datang Adelaide ni, pernah aku berguru dengan ma (mak mertua aku), tentang cara nak memasak dan membuat serunding ni, samada ikan atau daging. Tetapi belum pernah aku mempraktiskannya. Buku resepi yang aku salin pun, aku tak bawa ke sini. Jadi bila nak buat dekat sini, aku studylah balik dari internet, cedok sana sikit dan sini sikit, buat rumusan semua tu dan terhasillah serunding ikan buatanku di sini. Biasalah kan.... nak ikut resepi semua tu tak berdaya, adjust lah sikit-sikit bersesuaian mana yang ada.

Teramat senangnya bila aku buat menggunakan ikan tuna dalam tin ni. Tak payah nak rebus ikan dulu dan nak asingkan tulang lagi. Buka aje tinnya terus boleh pakai isi ikannya. Ada juga pernah aku buat serunding daging, cuma prosesnya lagi lama kerana nak kena rebus dan siat-siatkan daging tu dulu. Pastu harga daging pula mahal sikit.

Terus masukkan ikan ke kuali yang dah disiapkan rempah blendnya yang terdiri dari cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis dan putih juga santan. Nak masukkan gula melaka terus pun boleh. Terus juga masukkan garam dan gula. Aku masukkan juga ketumbar kasar yang disangai terlebih dahulu. Biasanya ia hanya di masukkan ke serunding daging, tapi tak apalah, kerana aku suka bila tergigit biji ketumbar bila makan sambal ikan ni.

Lepas tu di kacau sekali sekala dengan api yang perlahan.

Selepas sejam... baru sedikit kering macam ni....

Ini pula bila dah lebih dua jam mengacaunya. Tangan dah mula lenguh dah, tapi sambal ikan ni masih belum kering pun. Bila sampai tahap nak kering gini, jangan meralit buat benda lain, nanti sambal ikan tu hangus, cuma yang bagusnya bila aku pakai kuali non-stick je. Itu yang bestnya kuali non-stick ni. Request masa nak beli dulu pun, alasannya supaya senang nak buat sambal ikan ni, supaya tak hangus.

Tambah lagi pula 3 jam. Baru lah nampak 'sering' nya (kering). Jadilah sambal atau serunding ikan ni.

Jika nak tahu, sebab membuatnya secara tradisional, kacau, kacau dan kacau tak berhenti, selama dua tiga hari tu pasti berada dalam keadaan lenguh bahu, belikat, sakit urat dan lenguh kaki kerana lama berdiri. Pengorbanan kaki tangan kerana nak makan sambal ikan. Memang patut jika kita nak membelinya pun, harganya sangat mahal. Memang kesian kepada orang yang membuatnya. Sambal ikan boleh bertahan lama sampai berbulan-bulan bila di simpan di dalam peti ais. 
Posted by Picasa

Sunday, 5 August 2012

Sup Isi Ketam, Ayam Dan Cendawan

Sup ini sebagaimana pada tajuk yeng merangkap namanya tu... itulah juga isi kandungan atau bahan-bahannya. Aku membuatnya dengan hanya menumis biasa tanpa ada rempah sup pun. Tapi kerana ia berkuah, itu yang namanya sup tu... kan...

Lagi satu aku nak letak suhun dalamnya, tapi masa tu aku tak ada stok suhun. Ganti jelah dengan beberapa urat mihun. Kononnya dengan letak suhun tu nak bagi nampak macam sharks fin soup, kononyalah.... Tapi bila letak mihun sekalipun sedikit, dah kembang pulak.... dan nampak macam mihun sup lah pulak.
 
Ini aku jadikan entree masa berbuka puasa.... Dalam cuaca sesejuk begini, sangat berselera menghirup sup panas. Alhamdulillah... sila cuba....

Saturday, 4 August 2012

Nasi GoReng Beriani


Lagi sekali pasal nasi beriani ni. Tapi kali ni "nasi goreng beriani" pulak. Rupanya ada perencah segera nasi goreng beriani ni. Aku tak pernah perasan la. 

Hari tu ada jiran aku kat sini yang balik Malaysia. Bila datang sini dia bagi aku beberapa rempah dan perencah. Salah satunya yang aku terima ialah sepeket perencah segera nasi goreng beriani ni. Apalagi... aku suka je mencuba.... Kebetulan pulak ada nasi putih yang tak habis dimakan. Aku masukkan sayur campur dan potong salami serta juga telur. Jika ikut cara pada peket tu, dia suruh masukkan ayam, tapi masa tu nak buat cepat dan tak sempat dah nak defroskan ayam frozen. Nak cepat pakai je salami daging, cepat sikit dan tak perlu nak defroskan lama-lama. Letak je sekejap bawah aliran air paip, dah boleh dipakai.

Hasilnya...
Betullah... rasanya memang rasa nasi beriani. Apa tidaknya kan, dah perencah nasi goreng beriani. Macam-macam bahan ciptaan resepi ni kan.... boleh cuba tapi jangan selalu..... hihihi faham-faham jelah...
Posted by Picasa