Total Pageviews

Friday, 26 April 2013

Vitamin D Power....

Renungan dari Permata Kehidupan :

Seorang yang mulia telah berpesan : "Seandainya kamu mengumpulkan banyak ilmu, tidaklah bermanfaat ilmu itu bagimu kecuali kamu mengamalkannya dengan 3 perkara :
  1. Janganlah kamu hubbun dun-ya (cintakan dunia) kerana dunia bukanlah tempat bagi orang-orang yang beriman.
  2. Janganlah kamu bersahabat dengan syaitan (terpedaya dengan bisikan syaitan) kerana syaitan itu bukanlah sahabat orang-orang yang beriman.
  3. Janganlah kamu menyakiti seseorang kerana perbuatan itu bukanlah bahagian dari perbuatan orang-orang yang beriman".
*********************************************************************************
Alhamdulillah hari ni sekali lagi aku ada appointment dengan Dr. Sarah Le Page. Jika dulu masa kes bengkak kat tangan aku, aku akan jumpa dia hanya di klinik Uni Adelaide je, tapi sekarang ni dia bukan lagi kat situ, dah pindah cawangan kat Rundle Mall. Bila aku dah rasa selesa dengan dia, sanggup aku ke situ, lagi senang kerana aku naik bas dan lagi dekat untuk aku berjalan kaki lepas tu. Hari ni tiada apa, cuma nak tahu blood test result yang lagi sekali aku buat. Harap-harap hari ni pun ok lah. 

Jiwa raga bersyukur bila minggu lepas dapat tahu result hampir semua good katanya doktor. Kolesterol, kandungan gula, iron, hormon, thyroid, buah pinggang, kandungan lemak dalam darah, semuanya membuat aku rasa lega dan selesa. Cuma satu je yang doktor bagitau ada kekurangan dan kena take care sikit. Aku kekurangan Vitamin D yang penting untuk tulang.

Katanya perkara biasa bagi orang-orang yang macam aku ni kerana orang yang bertudung dan menutup segala badan memang adakalanya tidak mendapat vitamin D yang cukup. Vitamin D datangnya dari matahari. Katanya sekurang-kurang aku kena terdedah pada matahari kira-kira 30 minit sehari ke macammana dah, ingat-ingat lupa aku. Bila ditanya apa makanan yang aku kena makan untuk dapatkan vitamin D? Tak  ada specific rasanya, cuma aku kena ambil supplement. Betul juga bila di ingat balik, dalam banyak-banyak supplement harian yang aku ambil, tiada vitamin D pun yang ada. Cuma dalam multivitamin tu mungkin belum cukup. Penting juga ya... hingga dapat di kesan dalam darah aku...

Aku pun teringat balik, pernah beberapa bulan dulu, masa aku dapat voucher massage yang agak murah, si pakar urut tu ada bagitau aku yang aku kekurangan vitamin D. Hebat juga dia ya... terbukti hanya dengan pandangan mata. Maha Kuasanya Allah yang telah menganugerahkan ilmu ini kepada manusia....
Dari prescription yang ditulis, inilah rupanya vitamin D yang Dr Sarah cadangkan. Dalam bentuk cecair rupanya, macam vitamin E juga. Harga pun boleh tahan, AUD10.99 hanya sebanyak 2 ml sahaja.  Lawatan dan rundingan free sebab insyurance cover, tapi ubat cukup susah untuk penuhi syarat yang membolehkan aku claim.... Kesian student kat sini. 
Power betul Vitamin D ni, 100000U. Aku kena makan 2 ml dari picagari  kecil tadi hanya sekali je dalam sebulan selama 6 bulan. So AUD10.99 X 6 .... Pastu boleh amalkan dengan tablet harian nanti. 


Tadi pun jumpa sekejap je sebab nak bincang result dan dapatkan sekali lagi prescription. Bagus juga buat test darah lagi sekali, membaiki result yang minggu lepas, apa yang tak kena ntah pada minggu lepas, apa pun minggu ni alhamdulillah. Ingat...! pergi klinik ni bukan hanya bila ada sebab yang tak boleh tunggu je, saja nak check kesihatan kita kan, macam juga check gigi, kena luangkan masa, ''Mencegah lebih baik dari merawat". 

Antara pemandangan di Rundle Mall hari ini.....

Persembahan silap mata.
 
 
 

Hubby ajak makan tengahari kat sini. Ini kali kedua aku makan di sini sepanjang hampir 4 tahun di Adelaide. Alaaah... kali pertama pun masih baru... bila..? Baru 2 minggu lepas... :-)
 
 Berjenis lauk ala masakan Malaysia, satu hidangan dengan 3 jenis lauk hanya di kenakan bayaran AUD7.90 bagi plate besar. Ada plate kecil juga tapi rasanya perbezaan harga cuma sedollar je. Jika berjaya buktikan yang anda tu adalah student, dapatlah potongan 10%.
Ini satu hidangan plate besar yang kami makan dengan harga AUD 7.10 selepas potonngan 10%. Banyak dan boleh share jika nak diet.... :-) serious.... kecualilah time tu memang lapar sangat-sangat.
 
Bawah bangunan ni lah tempat aku tunggu bas untuk balik. Aku tak boleh lama sangat curi masa hubby. Jarang sekali aku datang jalan-jalan kat city ni sebenarnya. Tadi jumpa kawan pun boleh dia tanya, "macammana boleh sampai city ni" :-) ....

No comments:

Post a Comment