Total Pageviews

Monday, 8 April 2013

Adelaide Government House Open Day

"Welcome to the Government House Open Day, hosted by the Australian Red Cross!"

Malu nak cerita, selama masa duk lalu hampir setiap hari di King William Road, aku tak pernah tahu apa yang ada atau terselindung di sebalik pagar tinggi sebelah kiri aku (jika arah aku nak masuk city). Teruk tu memang teruk tapi itulah hakikatnya dan memang gitulah jadinya jika kita memang tak ambik tahu atau tak bersungguh untuk cuba mencari jawapan. Pernah ada satu ketika...lama dah...mungkin lebih 2 tahun lepas, aku dah pusing-pusing North Terrace, ada yang bagitau mungkin ada kubur-kubur tentera di sebalik pagar tu. Bila ingat balik, memang kami gelak je.

Dalam 3 minggu lalu, masa aku turun bas yang aku cerita untuk menghadiri majlis konvokesyen tetamu aku ritu, secara tak sengaja aku terpandang papan tanda tentang 'Government House' open day ni, free to public pada semalam 7/4/2013 dari jam 10 am hingga 4 pm. Baru aku tahu... dapat dah jawapan yang aku tak cuba cari dengan bersungguh-sungguh sebelum ni, tapi hati dah lama ingin tahu. Patutlah sampai ada pondok kawalan yang seolah sentiasa dikawal ketat pintu masuknya.

Pintu masuk utama dan satu-satunya untuk menuju ke Government House. Ini sebenarnya masa aku dah berjalan keluar selepas habis membuat lawatan. Time aku tengah bergambar ni pun, guard tu macam liar je memerhatikan kami. Selamba jelah aku, yang penting, aku tak buat jenayah...

Jom tinjau kat dalam.....
Di hadapan bangunan Government House.... (atas & bawah)
 

Masa mula-mula sampai tu, ini kira macam penyambut segala tetamu lah... Sesekali terasa macam berada di perkampungan Ballarat pula, ramai kakitangan yang berlakon menggayakan baju-baju fesyen orang-orang kaya dulu-dulu.... macam yang kita duk tengok dalam filem-filem yang berlatar belakang bangsawan Inggeris dulu-dulu tu lah.... Baju kembang ke, macam-macam...

Maskot sebegini pun banyak...

Beberapa snap masa kat dalam bangunan Government House....
 
 
 
 
 
 

Tengok aje...ada yang tak boleh disentuh.... Ada beberapa bahagian yang tidak dibenarkan masuk dekat. Nak ambil gambar pun tak boleh guna flash... mujurlah juga dari tak boleh langsung.... 

Mesra dengan pengunjung....
 
 

Ada peluang abadikan nama aku sebagai pengunjung Government House di Adelaide ni...

Dah tercatat yang aku pernah ke sini.... :-)
Tak banyak ruang yang boleh di lawati, tak seperti keluasan Parliament House yang pernah aku jejaki di Canberra. Ya lah mungkin kerana di situ adalah kerajaan pusat, lagi lah besar.... Pastu jom pusing kawasan stall dan giant games pula. 

Dari jauh kelihatan banyak stall dibuka dengan pelbagai maklumat juga giant games untuk kanak-kanak disediakan.
Snakes & Ladders 
 Ten Pin Bowling

Chess....
Bawah : beberapa lagi fesyen pakaian orang-orang bangsawan Inggeris dulu-dulu





Bye-bye.....
Rasa seperti pergi melancong ke luar Adelaide je bila dapat masuk Government House ni... Jika ada lagi peluang, tak akan aku lepaskan. Terima kasih buat Hubby kerana membelanjakan masa separuh hari dengan aku. Dah rasa bersalah pula curi masa hubby yang nak siapkan kerja penting. Semoga Allah memudahkan  kerja dan meringankan bebanan mu.... Amiiin....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment