Total Pageviews

Thursday, 4 April 2013

Lain Tujuan Lain Jadinya


Biasalah.... dah dekat-dekat hujung-hujung nak balik ni, bukan saja hal-hal belajar yang banyak dugaan, hal rumah, kewangan, kereta pun sama juga.... ya... ini cerita pasal kereta lagi la ni...

Aku yang selalu drive kereta ni, so apa-apa yang macam ada sikit yang tak kena, maknanya rasa lain sikit dari yang selalu aku duk drive tu, mestilah aku dapat rasa, stereng ngan gear kat tangan aku... tekan minyak,  break kat kaki kanan, clutch pulak kat kaki kiri (kereta manual katakan). Bukannya terror sangat pun aku tapi dah hari-hari duk pegang, andaikata ada kelainan sikit, mestilah dapat rasanya kan....

Ada dua tiga hari tu, masa aku drive, semestinya lah masa bertugas, aku rasa macam bila tekan minyak, kereta lambat nak gerak, gabra la juga bila tengah duk berhenti kat traffic light, duk depan sekali pulak tu. Pastu, ada rasa macam enjin jap-jap nak berhenti. Buat hal la pulak time aku drive sorang ni. 

Semestinya la pastu aku minta hubby cuba drive, biar dia kesan apa yang berlaku. Geramnya bila dia cakap semua ok.... Amat ok bila kat tangan dia. So aku pun oklah....Tapi bila ada sekali tu, on the way balik dari hantar dia ke Uni lah juga kereta tu mati enjin sampai 3 kali masa berhenti kat traffic light, tak boleh nak stop agaknya kereta aku ni. Sampai yang kali ke 3 tu, aku kena pasang lampu kecemasan bila enjin lambat nak hidup balik, agar orang belakang tak honkan aku, dah la duk depan sekali ni....

Haa... dari saat itu, bila hubby drive, baru dia dapat rasakan sendiri, adakalanya bila tekan minyak macam kereta berat nak jalan selepas berhenti dan ada juga sekali enjin mati masa dia bawa. Baru aku dapat buktikan pada dia. 

Bawalah gi klinik  bengkel orang Afghan esoknya. Dia check enjin, macam tak ada apa, cuma dia adjust apa ntah, sikit je adjust nya tapi dah ok sampailah hari ni... alhamdulillah.... Cuma bila dah gi dekat yang pakar tu, ada saja nak baiki benda lain sikit, bukan baiki tapi tukar barang lama kepada yang baru.

Kini... bawa kereta pun dah sedap dah. Tu la lain tujuan asal, lain pula jadinya ... nak baiki benda lain, gi tukar pulak benda lain.... Tapi tak apalah, yang penting kereta selesa dipandu kan....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment