Ini kisahnya kesilapan aku lagi untuk ke sekian kalinya. Kesilapan yang entah kali ke berapa. Tak tahu juga nak kata, jika seseorang itu lupa, boleh kah itu termasuk dalam kategorinya kesilapan. Jika dalam beramalan pun, Allah maha pengampun dan 'lupa' bukannya satu kesalahan. Jadi yang jelasnya aku bukan lah buat silap besar mana pun.... cuma, lupa. Tapi saja aku sendiri yang kategorikan ianya sebagai kesilapan.
Ada la satu masa tu, antara waktu pagi dan tengahari, balik dari satu supermarket. Kat sana aku parking dekat basement. Masa tu pulak kat bawah tu agak gelap sikit dan hujan renyai. Waaah... macam muqaddimah cerita menarik je... :-).... Bila nak keluar dari tempat parking tu, aku on lah lampu kecil. Sehinggalah sampai ke rumah, masuk parking, keluar kereta, angkat barang dan terus masuk dalam rumah serta berkurunglah untuk separuh hari tu...
Masa aku balik tu rasanya dalam jam 1.00 tengahari. Bayangkan aku terus lupa yang aku telah pasang lampu kereta tadi sehinggalah selepas waktu maghrib baru aku teringat sesuatu. Entah apa klu yang membuatkan aku ingat balik. Terus aku keluar check dan.... masyaAllah...! memang dalam keadaan on lagi lampu tu....
Habislah kereta aku....! macammana ni.... selalu nya sebelum ni paling lama pun lebih 2 jam je aku lupa dan bila start balik masih boleh boleh hidup lagi enjinnya..... pernahkan.... aku dah pernah cerita dah sebelum ni sikit. Tapi yang ini dah terpasang lebih 8 jam... gabra betul aku... sampai aku tak berani nak cuba start enjin, tunggu ajelah hubby call malam nanti bila dia nak balik, baru aku akan start enjin kereta masa tu....
Jam 10.30 malam hubby call. Aku dengan gedap-gedup (loghat aku) bunyi jantung masa tu try la start dengan beberapa kali bismillah dan selawat. Tapiiiiii..... nak buat macam mana lagi.... enjin tak mahu gerak langsung... senyap terus.... nak menangis pun tak guna... kerana aku fikir banyak lagi ujian bagi aku yang lebih berat dari tu... ini kira ujian sangat ringan dah ni dan juga satu 'pengajaran peristiwa' bagi aku. Kalau belajar tafsir quran tu, macam 'pengajaran ayat' lah.
Dengan sedihnya aku call hubby minta dia balik naik bas. Siannya hubby kena jalan hampir 500 meter dulu ke tempat bus stop dan bas pulak jika malam-malam gitu beza setengah jam ke... sejam sekali... lupa dah... Aku punyalah mendenda diri aku sendiri yang cuai ni dengan stay je dalam kereta, dalam kesejukan malam masa tu, sampai tertidur jap kat tempat duduk belakang, sehinggalah hubby sampai rumah dalam jam 11 malam. Yang terubat sikit tu bila aku tak kena marah.... :-) Cool sungguh hubby ni.... hhmmm bodeklah tu...
Pagi-pagi esoknya panggil RAA datang. Dah ambil insyuran dengan dia kan. Service ni free je dan dia boleh dipanggil bila-bila masa dan di mana pun kita. Bagus betul... dan inilah pengalaman pertama panggil RAA untuk kereta rosak ni... Yang lemahnya bateri je, dia buat kejap je terus ok balik.
Tengah bincang samada nak ganti bateri baru ke tidak ni, baik pakai dulu yang sedia ada sebab masih ok tu....
sygnya abg pyan kat k.nani.
ReplyDeletebukan senang nak cari suami yg cool mcm tu.
bertuah k.nani.
p/s:
jgn risau, sham pun mcm tu jugak.haha
Masalah nya Is.... Bukan mudah juga nak memujuk isteri yang merajuk jika kena marah tu... hihihi...
Delete