Kedai kopi vili's dan sesi jalan-jalan
Allah membawakan rahmat lagi ke rumah kami. Selang kira-kira sebulan sahaja dari masa sebelum ini, aku sekali lagi dikunjungi oleh tetamu yang menjadi idola dan penasihat kepada my hubby. Happy benar dia bila mendapat khabar yang penasihat PhD nya bakal mengunjungi Adelaide dan akan homestay di rumah kami. Ya lah, tengah duk serabut minda dan perasaan dengan tugas menulis di bulan-bulan terakhir pengajiannya ini, tenanglah sikit bila dapat mendengar sepatah dua nasihat dan pandangan dari penasihat yang menjadi idolanya sejak awal-awal musim tiba di Adelaide hampir 4 tahun dulu. Secara berdepan dan bukannya melalui talian online.
Atas permintaan dari Dr Awang sendiri yang merupakan peminat kopi, tak mahu disediakan apa-apa sarapan pagi selepas menyambutnya dari airport, kami terus bawa dia ke kedai kopi kegemaran, vili's yang dirindui sekian lama, mungkinlah. Setahu aku kedai kopi vili's ni agak terkenal di Adelaide, kekadang menjadi tempat kunjungan kalangan Malaysian yang ingin bersembang sesekali, ada namalah kiranya dan jika tak silap aku ia beroperasi 24 jam. Tapi bagi aku sendiri, baru inilah pertama kali aku minum di sini :-).
Dr Awang ni simple saja orangnya, tak suka makan tapi amat suka disediakan kopi. Jika dah cakap tak nak makan, jangan bazirkan masa, ikut sahaja cakapnya. Aku dah maklum sangat sikapnya yang ini.
Dr Awang ni simple saja orangnya, tak suka makan tapi amat suka disediakan kopi. Jika dah cakap tak nak makan, jangan bazirkan masa, ikut sahaja cakapnya. Aku dah maklum sangat sikapnya yang ini.
Hanya sembang pagi dan mengalas perut dengan se mug kopi cappucino sahaja. Tapi mug ini berisi 'chai latte' yang aku punya... :-)...
Hubby telah melapangkan jadualnya hari minggu ini (selalu akan ke Uni) untuk penasihat terhormatnya. Hanya singgah sekejap di rumah menyimpan barang dan terus ke 'Adelaide Hills'.
Tak lama pun berada di sini, bagai dikata tadi, hanya sebagai syarat lawatan dan petik apple yang hanya ready dipetik pada musim luruh. Yang penting dapat rakam lagi kenangan untuk isterinya kat Malaysia yang tidak dapat datang bersamanya kali ini.
Pembayaran.... dari pandangan aku, pak cik ini masih sihat dan tetap sama seperti dua tiga tahun sebelum ini juga. Menguruskan jualan hanya seorang diri, tidak pernah aku lihat ada yang membantunya.
Aku dan hubby bolehlah datang lagi selepas ini, ini kira sesi bersama tetamu...
Teruskan lagi perjalanan, biasanya ke Hahndorf lah... (ala-ala bandar Jerman)
Selamat datang tuan penasihat....Dr Awang Idris
ReplyDeleteDatangla rumah jika nak jumpa dia, tapi kena malamla sikit sebab dia pun balik malam juga macam my hubby....
Deletemmm bestnye minumkopi kt vili's...huhu...dr awang sorang je ke...hehe mmm bestla kt hanhdorf dah bertukar kaler...
ReplyDeletea aah... tu la... jika k aisyah ada sekali, lagi meriah kan. Mai la jalan-jalan ke Hahndof lg... :-)
Delete