Total Pageviews

Friday, 5 April 2013

Hari Ini

Permata Kehidupan .......

Empat perkara yang menerangi hati iaitu :-
  1. Perut yang lapar kerana waspada dari yang syubhah,
  2. Bersahabat dengan orang yang soleh, 
  3. Memelihara diri dari perbuatan dosa dan
  4. Pendek angan-angan.
Manakala empat perkara yang menggelapkan hati pula iaitu :-
  1. Perut yang kenyang tanpa sebab
  2. Bersahabat dengan orang yang zalim
  3. Melupakan dosa-dosa yang terdahulu dan
  4. Panjang angan-angan
(Abdullah bin Mas'ud r.a)
Renungan untuk diri sendiri juga.....
Sambal nasi lemak yang baru masak

Segala jenis sambal yang kena masak tumis macam sambal ayam ke, ikan ke, udang ke, sotong ke, untuk nasi lemak ke atau apa-apa sambal tumis... walaupun suka makan kerana menjadi pembangkit selera adakalanya...tapi.... aku ni akan letakkannya pada list paling bawah dalam senarai pilihan menu nak masak. Nampak sangat pemalasnya tapi aku tak bohong.... mungkin jika masak kena cari laman kat luar rumah... hihi... apa jadi...?
Ni la.... ini kira dah berapa kali sapu dan lap dah ni.... angkat je penutup kuali untuk sesekali dikacau, terus mercik... terus naik tinggi ke dinding atau ada yang merata di lantai, kali ni mercik hingga ke dahi aku sendiri... aku fikir tak ada alasan lain untuk aku tidak memilih memasaknya melainkan itu je yang utama... 

Dah la tu... tapi aku kena ikhlas, cuma bercerita macam tak ikhlas....? Ikhlas la tuuuu... bagitau yang betul yang menyebabkan aku malas.... Kali ni masak sebab permintaan kawan yang ada panggil orang gotong royong clearkan dan bersihkan rumah dia orang... part of the nasi lemak menu... harap orang yang join kerja tu tak mengantuk untuk meneruskan kerja nanti .....




2 comments:

  1. Merahnya sambal nasi lemak ni...sedap nampak tu...BERBALOI orang yang akan memakannya nanti...tapi BERBULU orang yang kena masak menu nih....Macam di katakan..percikan seluruh kawasan dapur...ha..ha..ha..

    ReplyDelete