Total Pageviews

Saturday, 13 April 2013

Kuih Bakar Durian

Bila aku mencuba......
Baru-baru ni aku ada terjumpa dengan tidak sengaja mencari.... dekat satu 'garage sale'....dan terus aku terpikat pada satu pembakar juga mini grill or oven... mungkin serba guna juga fungsinya. Mungkin pernah aku jumpa sebelum ni sebab benda ni macam biasa saja, tapi masa itu mungkin belum terpikat. Pernah juga sebelum ini aku batalkan niat membelinya apabila harga yang ditawarkan agak tinggi bagi aku. Kali ini dengan harga yang dipersetujui, jadi juga aku membelinya.

Sebelum ni keinginan untuk mencuba membuat kuih atau sebarang jenis kek selalunya terbantut kerana ketidak berfungsian oven pada dapur aku. Nak bakar sekeping doh pizza pun tak masak. Kali ini aku seolah bersemangat untuk mecuba dengan mini oven pelbagai guna ni.... walau pun saiznya terhad....
Kuih bakar berperasa durian

Kuih pertama yang aku cuba adalah kuih bakar pandan kerana resepinya dan cara membuatnya teramatlah simplenya. Alhamdulillah menjadi.... Tetapi tiada pula aku teringat untuk snap gambar hasil pertama percubaan dengan oven kecil ini. Cuma yang ada ini entah kali ke berapa dah cubaan aku tapi versi perisa durian ini adalah kali kedua....dan ini yang aku bakarnya pagi tadi.... 

Ramai sangat dah kekawan aku yang pakar dalam membuat kuih bakar ini tapi saja aku nak abadikan resepi yang aku adunkan untuk kuih ini dengan versi aku sendirilah. 

Bahan-bahan yang aku pakai :-
  1. 1 1/2 cawan tepung gandum
  2. 1 - 1 1/4 cawan gula (ikut suka nak manis)
  3. 1 tin santan (2 cawan)
  4. 2 - 3 biji telur
  5. 1 ulas isi durian
  6. 1 sudu besar mentega
  7. Sedikit bijan yang aku sangai 
  8. secubit garam
  9. Sedikit pewarna kuning (untuk warna durian)
  10. Sedikit minyak untuk menyapu dulang pembakar.
# Aku memakai sukatan ini kerana memadai dengan ukuran dulang pada avon mini yang sedia ada di situ.

Cara yang aku buat :-
  1. Bijan disangai (aku telah cuba buat yang tanpa sangai, tapi tidak garing kerana menggunakan oven mini ini).
  2. Campur semua bahan ke dalam satu bekas.
  3. Dengan menggunakan stick blender aku blend kan semuanya atau sebatikan semuanya (boleh juga guna blender)
  4. Masukkan adunan ke dulang yang telah disapu minyak dan taburkan bijan ke serata permukaan adunan.
  5. Bakar selama lebih kurang 50 minit atau sehingga nampak garing. 
# Sorry sebab oven mini aku tu tiada penanda suhu, jadi aku tekan saja masanya untuk 50 minit.
 
Selepas keluar dari mini oven putih belakang sana tu....

InsyaAllah lepas ni akan ada lagi ujikaji-ujikaji yang bakal aku buat selagi mini oven ni tak buat hal.... :-)
Hihihi..... kebetulan pula masa 1 April lepas, masa tengah bake kuih bakar pandan buat pertama kali, Mak Tok singgah secara terjah ke rumah aku. Jadi kira langkah kanan la masa tu untuk minum petang. Apalagi bila ada Kak has sebagai orang yang pakar dalam menu kuih bakar ni telah mencuba dan memberi komennya untuk kuihku masa tu..... :-) Terima kasih....


No comments:

Post a Comment