Total Pageviews

Thursday, 14 June 2012

TurKey Breast Roast


Salah satu produk halal yang di pasarkan dalam supermarket sini. Turkey breast memang agak mahal. Aku telah beberapa kali ke bahagian letaknya ini semata-mata nak menatap saja. Dan setiap kali itulah hati ku berkata, "mahalnya... bila la aku dapat rasa...". Kebetulan ada offer hari tu, membuatkan aku terambil juga dek kerana ada perasaan ingin merasa daging ayam turkey ini. Harga offernya daripada aud20 turun kepada aud 16.50 untuk sekilo. Aku rasa tak akan ada yang lagi rendah harganya. 

Dagingnya telah siap sedia diperap dan difrozenkan, tinggal saja aku kena defroskan dan bakar sahaja. Lama juga masa untuk membakarnya. Walau pun di arahkan membakarnya selama 1 jam 15 minit, tetapi aku rasa masa yang aku ambil hampir 2 jam. Mungkinlah kerana ia harus ditutup dengan aluminium foil dahulu. Apabila hampir masak, barulah aluminium itu dibuka supaya dia dapat  dihanguskan sikit. Lepas tu saja aku letakkan black pepper dan menyapu sedikit minyak zaitun padanya. Bimbang di tengahnya belum masak, aku belahkan tengahnya agar haba senang menyerap.
 

Bila dah masak, slicekan dan sudah boleh dihidangkan panas-panas. Menurut catatan pada kotaknya, hidangan ini sepatutnya untuk 5 orang. Memangla kan, aku pun tak mampu nak habiskan dengan sekali makan. Boleh di simpan lagi. Nak potong bakar separuh-separuh, rasa macam rugi eletrik pula disebabkan lamanya masa yang diambil untuk dia masak.

Bagi meghilangkan muak bila makan turkey ni, sertakan salad dalam hidangan. Ini adalah salad campur dengan tambahan buah zaitun hitam serta fetta cheese disiram sedikit salad dressing.

Selera dan sedap di makan dengan nasi putih panas-panas. Boleh dicuba sekali-sekala.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment