Total Pageviews

Friday, 1 June 2012

Home Made Mushroom soup & Garlic Bread


Saja buat untuk dinner. Dah lama tak buat. Tak kerap buat bukan kerana aku tak suka. Aku memang suka. Tapi bila buat, aku tak boleh makan banyak. Perutku alah dengan mushroom. Aku tak tahu kenapa. Padahal aku suka sangat mushroom.

Ia menu yang sihat sebenarnya, ada sayur dan ada susu yang aku gantikan tempat cream. Cukup ada karbohidrat, kalsium, sodium, serat dan beberapa zat lagi.
Ini adalah jenis cendawan yang aku selalu gunakan di sini.

Resepi ringkas mushroom soup yang aku buat....

Bahan-bahan (agak-agak):-
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
2 biji kentang saiz besar (potong dadu)
7 kuntum cendawan segar (potong)
1 cawan susu segar atau sedikit krim
1 sudu serbuk perasa ayam (jika suka)
2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit black pepper (jika suka)
sedikit white pepper
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat :-
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan merah hingga layu dan jangan sampai garing. Masukkan air, kentang, garam, black pepper, white pepper, serbuk perasa ayam dan masak hingga mendidih serta kentang empuk. Masukkan cendawan. Dah agak cendawan masak, tambah susu dan boleh tutup api.  Ketika sup dah agak suam, boleh blanderkan ia. Jika anda mempunyai blander stick tu lagi senang, terus bland dalam periuk tu aje. Pastu dah boleh di hidangkan.

Ini lagi senang. Pakai roti sandwich je. Sapu roti dengan bread spread, sapu juga dengan bawang putih tumbuk atau jika ada yang sebuk lagi mudah. Pastu tabur dengan daun parsley. Kemudian bakar sehingga keperangan. Ingat jangan sampai hangus. Bila dan perang boleh potong dan makan panas-panas di cicah dengan mushroom soup tadi. Rangup ketika masih panas. Sedap sekali, setanding dengan dekat kedai pizza.

Menu tambahan dan sampingan yang menambah selera lagi, ayam bakar. Tak boleh banyak, nanti gemuk lagi... :-)... Tapi.... hubby likes it....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment