Total Pageviews

Monday, 4 June 2012

HeaTer di WinTer

Teringat-ingat juga kekadang kepada keadaan aku pada zaman awal-awal remaja dulu. Terutamanya pada bulan puasa yang mana ada-waktu-waktunya aku kena bangun awal sedikit untuk menanak nasi bagi keluargaku makan sahur. Tradisi keluarga ku masa tu ialah bukan masak nasi awal sebelum tidur, tetapi ditanak pada waktu sahur juga bagi memastikan boleh dimakan segar dan panas-panas. 

Bukan tentang nasi yang aku ingin berkisah, tetapi tentang dapur kayu yang aku gunakan untuk memasak ketika itu. Pada masa itu, belum pernah aku kecapi memasak dengan dapur gas pun, kerana ia belum wujud dalam rumahku. Kiranya aku dulu terror lah masak kesemua makanan pakai dapur kayu ni :-) cheeiii.... bangga nih. 

Jika dulu-dulu tu, zaman tu tak adalah rasanya suhu sepanas hari ini. Kekadang tu menggigil juga sejuk waktu bangun sahur tu. Jadi sambil masak tu berdirilah tepi dapur tu untuk menikmati haba panas dari unggun api, ("ddiang", istilah bagi orang Kelantan). Selesa sangat rasanya dengan haba dari unggun api kerana dapat memanaskan badan yang kesejukkan.

Itu baru muqaddimah ceritaku. Sekarang ni kan dah musim sejuk. Semestinya alat pemanas amat diperlukan oleh mereka yang tinggal di negara-negara yang mempunyai musim sejuk. Jika tidak, tak tahulah apa jadi. Selain stress, boleh sakit jadinya. Ingin aku nak tunjukkan beberapa heater yang aku pakai pada musim sejuk kat rumah aku ni.


Ini adalah heater utama dan tetap yang berada di ruang tamu ku. Jarang aku gunakan kerana bunyinya yang agak bising sikit, tapi bukanlah keterlaluan. Lagi pun hubby kata kos eletriknya mahal sikit. Dwifunction, boleh jadi heater di winter dan boleh tukar jadi air-cond di summer.

Jadi aku pakai yang ini di ruang tamu. Di kenali dengan nama oil heater kerana dia menggunakan minyak di dalamnya. Tetapi tak semestinya aku mengisi minyak padanya kerana telah tersedia ada padanya. Mungkin hingga ke suatu tempoh tertentu agaknya. Ianya panas dan mengeluarkan haba tetapi tidaklah sampai melecur kulit jika tersentuh padanya. Heater ini di pasang sekitar 10 minit sebelum sesuatu ruang terasa warmnya. Sebab itulah rumah-rumah di sini ada sekatan-sekatan ruang bagi memastikan ruangan itu terlingkung untuk menyekat haba dari keluar. 

Pandangan hadapan dan suis controlnya. Mempunyai 12 fin.


Ini pula heater yang sama tetapi berukuran lagi lebar dan mempunyai 19 fin. Ini adalah heater yang aku tempatkan dalam bilik tidurku. Kekadang tu heater ini boleh mengeringkan pakaian yang lembab bila diletakkan di atasnya. Kekadang tu juga, bila cuaca sejuk, baju yang berlipat pun rasa macam basah je. Jadi sebelum pakai tu, letak dulu atas heater ni kejap, bestnya pakai baju suam bila kita dalam kesejukan.


Yang ini pula adalah jenis heater yang segera. Pasang je terus rasa habanya. Tapi dia tidak dapat memanaskan ruang. Hanya kita yang berada dihadapannya sahaja. Bila di tutup, terus kita kesejukan semula. Sesuai untuk di pakai sekejap sahaja seperti bila nak solat sekejap ke, atau selepas mandi dalam proses nak pakai baju ke. Tapi heater yang jenis ni kena beringat sikit, kerana ia panas dan boleh melecurkan kulit. Tidak boleh diletakkan kain padanya kerana boleh terbakar.
 
Jenis yang sama seperti sebelum. Inilah yang selalu aku pakai ketika ingin solat seketika. Lepas berwuduk kan selalu sejuk bila kena air. Jadi heater ni usefull sangat. Cuma salah satu seluar track aku pernah lecur dan berlubang kerana terkena heater yang ini.

Ini pula mini heater yang aku letakkan dalam bilik satu lagi. Bolehlah tetamu gunakan. Aku belum pernah pakai heater yang ini. Ada kawan yang bagi sebelum dia balik Malaysia dulu. 

Dekat sini lazimnya kita akan menggunakan "eletric blanket" di musim sejuk. First time dengar dulu, aku ingatkan eletric blanket ni adalah satu istilah yang di gunakan untuk selimut, tapi rupanya ia adalah satu lapisan seolah cadar, yang dibentang dibawah cadar. Kemudian ada urat-urat wayar halus dan ada suis yang boleh memanaskan saluran urat-urat dawai itu. Dalam kira-kira lebih kurang 10 ke 15 minit sebelum tidur, on kan suisnya. Pastikan tilam kita tu dah tertutup dengan quilt. Masya Allah.... amat selesa sekali bila masuk ke dalam selimut dan baring atas eletric blanket tu selepas menggigil keluar dari bilik air. Suis ni ada controlnya. So boleh pilih suhu yang kita nak. Bila dah rasa selesa, bolehlah tutup suisnya.

Sesuatu yang kena kita jaga kat sini samada pada musim panas atau sejuk, adalah untuk mengekalkan suhu dalam rumah kita sendiri. Biasanya setiap rumah akan ada penyendal bawah pintu ni. Fungsinya adalah untuk menghalang udara keluar masuk dari rumah. Tak nak udara luar masuk ke dalam rumah dan tak nak udara yang dah selesa di dalam rumah terkeluar. Jika suhu sejuk, kita tutup lubang bawah pintu dengan benda ni supaya suhu yang sejuk dari luar tidak dapat masuk ke dalam rumah. 

Dulu aku ingat benda ni tak berkesan apa-apa, tetapi rupanya kesanya amat nyata dengan pengalaman yang dilalui sendiri. Dalam suhu yang sesejuk begini, bila ada matahari sikit, seronok pula berada di bawahnya bagi mendapatkan suhu yang warmnya. Baru aku sedar dan faham, kenapa rupanya orang putih suka berjemur....

Sesetengah rumah masih ada menggunakan 'chimney', tempat memanaskan ruang dan badan diruang tamu dengan nyalaan unggun api. Tapi mungkin rumah aku ni dan macam agak moden sikit, tuan rumah dah tak buat, jadi aku tak dapatlah nak tunjukkan di sini.

Hai.... beginilah cerita seadanya. Ini merupakan suatu keperluan, jadi faham-fahamlah jika kos eletrik naik mendadak dimusim sejuk ini. Jika di musim panas, kos meningkat dengan pemakaian air-condnya, manakala musim sejuk pula meningkat kerana kos penggunaan heaternya.


Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment