Total Pageviews

Wednesday, 13 June 2012

Grill SalMon

Menu di suatu Pagi :
 Selalu duk tengok chef masak dalam tv, timbul keinginan nak merasa. Aku punya style suka mengubah dan menyimplekan apa yang dia orang buat jika aku tak ada cukup bahan.

Bahan-bahan: (Hidangan untuk 2 person)
2 keping salmon fillets
Sedikit black pepper
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun (cara sihat)

Cara-cara:
Lumurkan kepingan salmon dengan garam (jangan sampai masin sangat), black pepper dan minyak zaitun. Panaskan oven atau grill dan bakar dalam hanya 3 ke 4 minit each side. Siap dan boleh di hidangkan.

Aku tambah roti dan sayur asparagus. Selepas makan, rasa teramat kenyang la pulak. Maka aku punya kesimpulan, hidangan ini kurang sesuai untuk sarapan pagi. Jadi selepas ini jika ada rezeki lagi, aku akan makan semasa lunch atau dinner sahaja kerana ia amat mengenyangkan. 

Selamat mencuba...
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment