Total Pageviews

Sunday, 10 June 2012

AiS Di Pagi HaRi

Pagi Sabtu :

Ilir ke.... ulu ke... daghat ke (loghat kelate)... jakun ke.... aku dah tak kisah apa orang nak kata. Tapi lidah ku kelu seketika dan kemudian pujian kepada Allah, tuhan semesta alam ini kerana pagi ini aku dapat melihat ais berlumuran pada kereta ku.... Sukanya hati aku, menghampiri tahun ke-3 aku di sini, ini lah pertama kali aku melihat ais walaupun bukannya salji. Dua kali dalam dua tahun aku telah terlepas peluang daripada melihat ketulan ais ketika turunnya hujan batu di Adelaide, tapi kali ni aku dapat melihat ais membeku pada keretaku. Patutlah aku rasa dari semalam, suhu kat sini sejuknya teramat. Rupanya cuaca menghampiri suhu yang negative.

Pada bumbung kereta...
 
Masa ni aku keluar pagi selepas pukul 7.30 am kerana ingin pusing-pusing kawasan mencari garage sale yang meriah pada hari sabtu. Terkejut dan begitu excited meihat ais ini. Apa lagi... minat akukan mengambil gambar, so snap lah fenomena ini sebagai kenangan untuk aku dan boleh dikongsikan dengan pembaca-pembaca kisah kehidupannku ini.

Saki-baki ais di atas rumput. Hampir mencair kerana telah terkena sinaran matahari padanya. Aku rasa tangan aku ketika ini macam pedih dan rasa macam nak beku. Sejuk.

Pagi Ahad :

Teruja dengan situasi semalam, pagi-pagi ahad ni aku ke depan rumah untuk melihat lagi kalau-kalau ais masih ada. Tapi tidak seperti semalam, hanya sedikit dan nipis sahaja ais yang tercipta pagi ini.

Hanya seperti cebisan-cebisan serbuk sahaja.

Aku amat bersyukur dengan pengalaman yang Allah kurniakan ini. Subhanallah walhamdulillah wallahu Akbar....


Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment