Assalamualaikum wbt...
Aku dengar guruh di langit, sangat kuat menggegar bumi. Aku teringat yang selalunya Abang Tiger akan ketakutan dengan bunyi guruh, apatah lagi ketika hujan lebat bakal turun. Abang Tiger akan awal-awal lagi dah menyorok di mana2 celah yang sempit dan tersembunyi. Tapi kali ini, abang Tiger pasti tidak akan takut lagi. Abang Tiger dah berani menghadapi semua itu... kerana abang Tiger sudah berada di kawasan yang luas dan lapang.
Hari ni genaplah sebulan Tiger, salah satu kucing montel kesayangan ku pergi menemui Penciptanya. Bagi aku, rasanya baru spt semalam aku bersamanya, melihat kemanjaan nya bersama aku... baru semalam rasanya aku di ujiNya... aku relakan Tiger pergi dengan redha walau dengan linangan air mata. 😢😢😢
Baru hari ini aku boleh membelek diari ku (blog ku) untuk bercerita buat ingatan dan kenangan aku sendiri... Baru hari ini aku gagah kan diri menaip memori dan luahan hati yg pasti tiada penghujung nokhtahnya kerinduan aku pada Tiger. Dalam pada aku mengakui diri ku sudah kuat, namun aku masih kalah dengan perasaan sebak dan kerinduan pada Tiger... air mataku masih deras mengalir ketika luahan cerita ini ditaip... ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tiger pergi dengan tiba2... tidak sedikit pun aku mengesan kesakitan yg mungkin telah beberapa lama dia tanggung. Dia sihat dan cergas bagi aku, dia sentiasa manja dengan aku, suka berada di bawah kaki aku, menggeselkan badannya setiap kali aku datang padanya dan anak2 bulusku yg lain, sehingga setiap kali itu, dia dicemburui oleh Prince... dan Tiger selalu mengalah.... betapa baiknya hati Abang Tiger.
Tiger, yg pernah suatu waktu dulu antara yang mendapat keistimewaan di antara kucing2 ku yg lain untuk menemani aku tidur setiap malam... sangat istimewanya dia pada aku... dia mampu mengejutkan aku untuk bertahajjud dan subuh.... Subhanallah...
Namun atas sebab2 kesihatan aku, aku terpaksa tukarkan tempat Tiger bersama anak2 bulusku yg lain di belakang dapur. Mereka serasi bersama, selesa dan selamat.
Sehinggalah suatu pagi minggu, sebulan yang lepas, 21/10/18, aku keluar ke belakang dapur seperti biasa, untuk memberi makan minum kepada anak2 bulusku, di samping membersihkan pasir mereka.....
.... dan sebaik pintu dibuka, aku terpandangkan kesan darah di merata2 di lantai... darah yang masih merah segar. Seperti biasa juga setiap kali pintu di buka, berkerumun lah anak2 bulus menyambut ku di pintu.... kecuali Tiger...
Hatiku berdetik debar... dgn cemas aku panggil nama dia. Beberapa kali di panggil, belum juga muncul. Bermacam andaian muncul di kepala ku kerana selalunya Tiger tidak begini... dia akan turut ada di muka pintu...
Aku panggil hubby untuk memberitahunya. Kami sama2 keluar untuk melihat keadaan. Andaian kemungkinan Tiger bergelut dgn sesuatu berdasarkan darah yg berada di serata tempat, mungkin tidak tepat, apabila kami melihat Tiger berada dalam keadaan lemah, keadaan tertiarap dengan wajahnya tunduk ke lantai... kesiannya sayang ummi. Aku memanggil2 namanya, dia lemah, tak larat untuk bangun pun.
Aku mengangkat badannya yang seberat 6 kg itu ke sangkar kosong utk diperiksa keadaannya. Didapati jalan kencingnya berdarah... darah yang masih mengalir perlahan.... rupanya dari situ la darah yang ada di serata tempat tadi... Aku jadi agak panik, tapi aku masih boleh menahan diri, menahan air mata drpd gugur, walaupun hati aku teramat sedih dengan keadaan Tiger. Aku dah dapat mengagak yg Tiger sakit batu karang. YaAllah, kenapa tiada tanda2 pun sebelum ini.
Aku baringkan Tiger selepas mengelap sedikit perutnya... Tiger hanya mampu menurut saja apa yang aku lakukan, semasa aku menyikat bulunya pun, dia diam tak bermaya.
Selepas aku bagi Tiger minum air zam-zam, dia terus baring dengan tenang... menangis hati aku melihat keadaannya.... dah macam2 doa dah keluar dari hati, aku minta dia pulih.... YaAllah betapa aku mengharap pertolonganMu ketika ini.
Abg Tiger baring sementara tunggu dibawa ke klinik yg di buka pada jam 11.00 pg. Masa ni aku bercakap2 dgn dia bg kata2 semangat supaya sabar dan bertahan.... dia seperti memahami tapi tetap lemah.
Di klinik, aku tanya pandangan doktor, masihkah boleh bertahan hingga esok utk aku bawa Tiger ke Hospital Veterinar UPM Serdang. Tapi doc kata tak boleh tunggu dah, sbb ini kes emmergency, kena masukkan tiub bg membantu Tiger kencing dan sedut batu karangnya....
Doktor mengatakan Tiger akan dipasang tiub selama 3 hari dan kemudian akan dipantau lg selama 2 hari selepas tiub dibuka, samada dia boleh kencing sendiri atau belum. Jadi Tiger akan warded selama 5 hari. Apa2 tindakan lanjut akan diambil selepas dari tempoh itu. Aku pasrah, berdoa dan tawakkal.
Aku bagi Tiger kata2 semangat sebelum meninggalkannya di wad. Aku bagitau dia supaya kuat semangat untuk ummi. Ummi sayangkan Tiger... kemudian dengan berat hati, aku tinggalkan dia di situ.
Begini lah keadaan Tiger pada sebelah petangnya. Aku datang melawatnya sekejap. Bertanya keadaan. Tak nak dengan hanya menelefon, kerana aku nak tengok sendiri keadaan Tiger.
Sayunya melihat Tiger lesu je, dia juga memandang lesu wajahku. Seolah memberitahu aku yg dia sangat sakit ketika itu, seperti ingin ikut aku pulang, tak nak berada di situ... sabarlah Abang Tiger, ummi pun pun kalau boleh tak nak tinggalkan Tiger di klinik ni...
Aku teringat hanya sekali je suara dia mengiau masa mula2 masuk klinik tengahari tadi. Sedangkan masa tu dia sangat tak bermaya. Ummi tahu Tiger tak suka datang klinik, jumpa doktor. Tapi ummi buat ini kerana ummi terlalu sayangkan Tiger... utk kebaikan Abg Tiger jugak. Ummi nak Abg Tiger pulih, sihat dan ceria... maafkan Ummi sayang...😢😢😢
Petang tu, aku ditunjukkan dengan darah yg keluar dari pundi kencing Tiger. Ada juga sedikit cast yg keluar, batu2 karang kecil putih2 iaitu karang yg baru2 nak terbentuk. Kesian Tiger menanggung semua ini.
Balik rumah, selepas maghrib, aku buat solat hajat supaya Tiger sembuh, walau pun dalam kepala ku bermain dengan perkara yang negatif dan bukan-bukan ketika itu. Aku memang rasa sangat tak sedap hati.... YaAllah... segalanya qada' dan qadarMu.... Aku pohon yang terbaik buat kesayanganku Tiger.... Engkau yg lebih Mengetahui yaAllah....
Sesungguhnya kita merancang, tapi Allah tetap yang menentukan. Tiada la kita mempunyai daya upaya melainkan dengan rahmat dan pertolongan Allah jua...
Tidak lama selepas waktu isyak, telefon aku berdering.... pada skrin, aku terkejut melihat nama klinik haiwan yg terpapar. Aku sudah mengesyaki sesuatu yg bakal membuatkan hati ku remuk.... sehingga aku tidak mampu untuk menjawabnya. Aku hulurkan telefon ku pada hubby. Ternyata panggilan daripada doktor yang merawat Tiger. Seperti yang telah aku duga, Tiger dimaklumkan telah tiada ketika itu... ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Allahu Akbar, terasa dadaku ditekan berat. Aku tidak berdaya mengembalikan keadaan. Aku hanya mampu menangis seperti budak kecil. Beratnya kenyataan yang perlu aku terima. Berat mata memandang dan mendengar, berat lagi bahu yg memikul. Tidurku bertemankan air mata pada malam itu. 😢😢😢
Keesokannya, jam 11, selepas klinik di buka, aku dan hubby ke klinik utk mengambil jasad Tiger. Betapa sebaknya aku, menyambut jasad Tiger yg telah siap terbalut. Aku terduduk seketika, sebak yg teramat... di situ, aku menangis lagi. Nasib baik orang belum ramai ketika itu...
Jasad Tiger siap terbalut ku bawa balik ke rumah sebelum aku semadikan dia. Aku meribanya sepanjang perjalanan balik.
Selamat jalan sayang... ummi terlalu sayangkan Tiger seperti mana ummi sayangkan keluarga Ummi juga... Tiger tidak pernah pun menyusahkan ummi sepanjang ummi menjaganya. Maafkan ummi jika ada kekurangan dalam menjaga Tiger... semoga Tiger lebih damai di alam sana.
Tiger semasa hayatnya bersama aku tidak pernah sakit atau demam pun sebelum ini. Rupanya sekali abang Tiger sakit, terus kepada sakit yang berat dan abang Tiger terus pergi meninggalkan ummi. Barangkali Tiger tidak mahu menyusahkan ummi untuk merawatnya, padahal ummi akan berusaha mencuba dan melakukan apa saja yang terdaya untuk menyembuhkan abang Tiger.
Aku ingin tabah dan sabar dengan qada' dan qadar ini. Sudah tertulis ujian kecil ini untuk aku hadapi dengan redha, kiranya saat ini tiba, di mana ketika kasih sayang harus dipilih, antara rela dan terpaksa, apakah yang mampu aku pilih?
Andai diberi pilihan, sudah pasti aku tidak rela melepaskan Tiger pergi.... kerana masih belum puas untuk ummi membelai Tiger, masih belum cukup kasih-sayang ummi pada Tiger, masih ada janji yang belum tertunai, masih ada impian dan cita-cita yang belum tercapai.... jika masih boleh aku memilih, aku akan pohonkan agar Kau pinjamkan lama lagi dia padaku yaAllah... Ampunkan hamba Mu ini yaAllah.....ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tempat persemadian Tiger di tanah lapang belakang rumah....
Keadaan jasad Tiger dengan wajahnya menunduk, bukannya mendongak...
Terakhir aku melihat jasad Tiger... beratnya ummi rasakan untuk melepaskan Tiger pergi...
Semoga Tiger aman di sana, tenang dan tak sakit lagi.
Tengah malam itu, bila aku terjaga, hujan yang renyai sedang turun. Aku teringatkan abang Tiger yang keseorangan di laman belakang. Satu perasaan sayu yang tidak dapat ku jelaskan menyapa jiwaku, menyentuh hatiku. Sedihnya usah dikira. Abang Tiger amat takutkan hujan sebelum ini. Tapi kali ini abang Tiger telah berani menghadapi hujan ribut dan guruh petir sekalipun. Aku yakin, dia sangat nyaman, selesa dan tenang di sana... air mata ku mengalir lagi... 😢😢😢
Dari tingkap bilik ku, aku selalu melihat tempat Abg Tiger di semadikan... rindunya ummi rasa...
Daisy, Mommy kpd Tiger. Terima kasih Daisy... dia yg melahirkan Tiger sebagai hadiah istimewa buat Ummi.
Adik Layona, adik kepada Tiger, yg juga penyeri kepada Ummi dengan kemanjaannya.
Sedikit kenangan tentang Tiger...
Lepak bersama mommynya di dalam rumah...
Bersama late Qawiy (atas) dan juga Becca (bawah)
Begini la ragam Tiger setiap kali aku membuka pintu dapur untuk keluar. Dia menyambutku dengan melompat ke atas meja depan pintu ini.
Tiger lepak baring kekenyangan...
Tiger dan Pak Belang...
Suka bermain dengan mainan bulu ayam berloceng...
Tiger berwajah garang, tapi kontra dengan hatinya yang sangat baik...
InsyaAllah sayang... semoga kita jumpa di Syurga nanti...
Suka berada di sisi ku ketika aku bersolat....
Ummi akan sentiasa merindui mu sayang...
~Tiger Daira~
14/6/15 - 21/10/18
(3 tahun 4 bulan 7 hari)
*** Terima kasih tak terhingga buat My Heart, Hubby ku yang mengambil cuti beberapa hari kerana menjaga aku yang demam selepas kehilangan Tiger... Alhamdulillah selalu... apa pun terjadi, masih ada yang sayang...
"Seberat manapun bebanan yang kita tanggung, bila mana kita merasa lemah tidak berdaya, tiada bahu untuk kita tumpang bersandar, namun kita masih ada sejadah, sebagai tempat untuk kita bersujud pada-Nya"
No comments:
Post a Comment