Total Pageviews

Monday, 26 November 2018

Dumpling Dimsum

Assalamualaikum wbt...

Kali ini aku teringin nak makan Dumpling Dimsum. Tersangat la lamanya tak buat dumpling ni. Ada sekali tu, aku beli kulit dumpling ready made dekat tesco, lama sangat simpan dalam peti ais, sehingga lupa dan dah expired pun. Akhirnya terpaksa aku buang saja. 

Baru2 ni aku beli lagi... tak serik membeli. Berazam akan ada masa nak buat jugak. Lepas tu beli juga bahan2 lain sekali, baru semangat sikit untuk teruskan. :-)

Dulu2... my sahabat yang ajarkan aku buat ni. Masa tu ketika kami sama2 masih menetap di bumi kangaroo. Banyak masa lapang untuk berbagai aktiviti. Mudah sangat rupanya. Bila dah tahu cara, aku pula yg ubah resepi, reka resepi inti yang lagi simple, ikut selera sendiri, buat yang lagi mudah.
Ini salah satu versi. Aku suka masakan ini.
********
Secara ringkasnya penyediaan aku :-
Inti daging...

Daging atau ayam kisar yg ku gaulkan dengan garam, bawang merah kisar, bawang putih, halia, black pepper, white pepper dan daun ketumbar. Ini la intinya nanti. Hehe... kena sebut jugak.
Inti ayam...
Kulit dumpling yang aku beli...
Ini kulit dumpling ready made. Beli yg dah siap macam ni... tak payah renyah2 nak uli tepung lagi dah... 
Inti daging...
Inti ayam...

Masukkan la inti dan bungkuslah apa saja bentuk sekali pun.... ikut kreativiti sendiri. Nak bungkus macam bentuk karipap ke, macam uncang ke, bungkusan ke... atau bentuk apa saja. Janji tak tembus kulitnya. Boleh hanya pakai air tepung jagung atau biasa untuk lekatkan kulitnya, tekan2 sikit.
Ini yang dah siap. Tinggal nak masak je, samada nak kukus atau rebus. Jika sikit2 aku suka rebus je dlm 20 minit. Tapi jika banyak sikit, aku suka kukus dalam setengah jam. Jika rebus, aku pun risau takut terburai intinya. Satu lagi yang direbus ni, kulitnya akan lembik dan kembang sikit. Tapi rasanya lagi lembut lah.

Ini yang dah siap kukus.
Nanti bila nak makan, boleh la makan begitu saja cicah sos.... atau buat sup dan masukkan ke dalam sup panas2 dan nikmati lah. Favourite aku memanglah dimakan dengan sup... 
2 kali masak... ini versi sup yang ada sayur dan cendawan...
Ini pula yang versi makan dumpling bersama sup kepak ayam... 
Dumpling dim sum kegemaranku...

**********************
Ada juga aku pakai kulit yang bentuk 4 segi ni. 
Selepas masak dikukus, dia jadi ada line coklat tu... macam cantikla pulak... hehe...
Tapi kenapa ya...? Ada aku buat silap ke... tapi yang penting rasanya tetap sedap... :-)





No comments:

Post a Comment