Total Pageviews

Thursday, 29 November 2018

Lauk Ringkas Ala Kampung Untuk Dinner Malam Ini

Assalamualaikum wbt...  
Jom dinner...
Ikan pekasam pemberian sepupu aku yang dibawa dari Kelantan baru2 ini.
Ini lah cara biasa bila aku makan ikan pekasam ni. Ada bawang yg digoreng, hirisan cili padi dan potongan limau samada kasturi atau pun limau nipis. Jarang2 dengan hirisan lemon. 

Masa zaman kecil dulu, mak tuangkan sedikit cuka ke atas ikan pekasam ini bagi menggantikan limau. Pun boleh.  
Ikan pekasam di salut dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng. Ini bagi mengelakkan ikan pekasam tu hancur semasa dalam gorengan. Jika bersalut telur, nak balikkannya pun jadi senang... dan yang penting ikan tak melekat atau terlerai isi nya.
 Udang masak lemak cili padi.
 Ini pasangan nya yg sungguh ideal. 
Pasti tak cukup dengan satu pinggan nasi... :-)
 Sayur air lobak putih.
Juga boleh jadi regu yang menarik bila bergabung dengan lauk ikan pekasam. 

***Sungguh mengangkat selera dengan nasi putih panas2 ***

No comments:

Post a Comment