Hari ni nampaknya adalah hari terakhir summer. Esok dah masuk Autumn. Kebetulannya pula hujan turun sejak dari pagi tadi mungkin untuk menyejukkan hari-hari pada musim luruh. Tahun ini bulan februari ada 29 hari, dapat lah sesiapa yang lahir pada 29 februari ini menyambut hari lahirnya pada tahun ini. Empat tahun sekali tu....
Pagi tadi, hubby ke klinik, ada appointment. Aku cuba telefon dia pada tengahari bertanya khabar. Alhamdulillah semuanya ok. Kata doktor, biasa-biasa. Hubby minta nak makan ikan lagi hari ni. Sekali pun hujan, rela aku ke satu kedai yang terletak hampir 5 KM dari rumahku untuk mencari ikan kembung frozen. Mujur ada, selalunya kedai tu jual borong. Tapi nasib baik dapat untuk aku beli dengan 5KG. Penuh peti ais aku dengan ikan kembung ni.
Bahan-bahannya :
4 ekor ikan kembung saiz sederhana (lumur garam, kunyit dan halia)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 biji kentang ( potong dadu)
1/2 cawan sayur campur
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
1/2 cawan sos cili manis
1 sudu teh black papper
1 sudu teh white papper
garam dan gula secukup rasa
Sedikit air dan tepung jagung
Minyak untuk menumis
bawang goreng dan daun sup untuk hiasan
Cara-cara :
Ikan di goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang merah, putih dan halia. Selepas agak garing, masukkan kentang dan sayur campur hingga agak empuk. Masukkan segala sos, black papper, white papper dan garam gula. Rasakan masam masin dan manisnya bagi balance. Masukkan sedikit air. Masukkan cili merah dan cili padi. (Kalau ada nenas, sedap juga di potong kiub dan masukkan). Bagi memekatkan kuah, letak sedikit tepung jagung ke air sejuk dan tuang ke dalam sos. Kacau cepat. Rasakan dan bolehlah diangkat.
Tuangkan sos ke atas ikan yang di goreng tadi, hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup atau bawang. Siaaaap......!
No comments:
Post a Comment