Total Pageviews

Friday 17 February 2012

PerMaiNan TaRiK UpiH


Suatu masa dulu, dari bila bermulanya zaman kanak-kanak bawah sedar aku, ada banyak permainan tradisional yang tak pernah aku rasa boring ketika itu. Salah satunya adalah permainan tarik upih namanya.

Upih itu adalah nama dahan dari pelepah pinang dan nibong yang sudah tua dan akan jatuh ke tanah apabila tiba masanya. Upih nibong lebih kuat strukturnya berbanding upih pinang. Upih yang tua dan cukup matang ini ada banyak kegunaannya pada suatu ketika dulu. Orang-orang zaman dahulu begitu kreatif untuk mencipta pelbagai perkara dari upih nibong ini. Antaranya seperti timba untuk mencedok air di perigi, sebagai capal, sebagai bekas bekalan makanan untuk ke tempat kerja dan macam-macam lagi. Manakala upih pinang pula boleh dijadikan sebagai kenderaan tarik dalam permainan tarik upih ini.


Untuk bermain upih ini, seorang akan duduk di atas upih, kononnya sebagai kenderaan yang menggelonsor di atas tanah, manakala seorang lagi akan menarik batang upih tadi ke sekitar kawasan yang dekat. Mereka bergilir-gilir dalam menarik upih ini bagi memastikan permainan adil dan sama-sama merasa. Permainan ini begitu menghiburkan dan apa yang menariknya ia tidak menggunakan kos langsung. Bagi yang berada di kampong, hanya perlu mencari pokok pinang yang bakal menjatuhkan pelepahnya sahaja. Apabila pelepahnya jatuh, daun dari batang pelepah pinang ini akan di buang supaya senang di pegang batangnya untuk  menarik upih nanti.

Selain itu pangkal batang pelepah, iaitu penyambung antara upih dan batang pelepahnya yang bengkok bentuknya, boleh dipotong dan di jadikan cangkul, juga kayu hoki bagi kanak-kanak bermain.


Jika terlajak tarik, boleh jadi terlentang macam ni...

Tapi, di masa kini tiada lagi permainan ini di kenali oleh semua kanak-kanak melainkan yang betul-betul asli asalnya dari kampong kecil yang masih kaya dengan hasil pokok hutan. Lebih-lebih lagi pokok nibong  dan pinang sekarang ni pun sukar di dapati, hanya ditempat-tempat tertentu sahaja masih ada hidupnya.

Banyak lagi kegunana pokok nibong dan pinang dari akar hingga ke pucuk yang sangat-sangat berguna suatu ketika dulu. Kini taraf kehidupan di kampong telah meningkat dan kemungkinan atau sememangnya pokok nibong dan pinang kurang lagi diperlukan.

Sekian…………

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment