Alhamdulillah.... selepas lebih seminggu menunggu nak makan ikan, akhirnya tercapai juga pada hari minggu ni. Itu pun kena rajin ke pasar ahad (Gepps Cross Sunday Market). Lagi pun banyak barang basah yang nak di beli di sini seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Beli kat sini lebih murah berbanding di supermarket. Terasa suasana macam pasar pagi kat Malaysia pula.
Sampai je di tempat Pak Cik Vietnam peniaga ikan tu, aku cari ikan kembung yang dipanggil "Jack Mackerel" kat sini. Tapi yang macam selalu aku beli tu tiada hari ni. Yang ada semuanya yang dah di packing. Kalau di packing pun aku tak kisah, cuma saiz ikannya keci-kecil sahaja. Aduuuuh... ni yang tak best ni, dalam hati kecewa betul. Tapi untuk mengubat hati yang nak juga makan ikan, aku pilih juga seekor ikan siakap sederhana besarnya untuk dibuat lauk petang ni. Boleh lah... aku hanya nak makan ikan bakar cicah kicap pedas.... jeliranya meratah.
Masih tak puas hati, stok ikan tiada dalam peti ais, hari jumaat lalu aku ke Foodland (mini market), aku nak makan ikan lagi. Kat sini selalunya aku beli isi ikan yang di panggil fillet. Selalunya "Basa Fish Fillet". Basa tu adalah nama sejenis ikan. Dah disiang dan tiada tulang dah. Aku selalu dapatkan Basa fish fillet kat foodland ni kerana ianya jauh lebih murah berbanding supermarket lain. Aku pun tak tahu kenapa harganya berbeza sangat. Tapi itu tak pentingkan... yang aku happy bila aku dapat fish fillet kat sini dengan harga yang murah.

Ada satu perkara yang tak berapa best dengan fillet ikan basa ni. Ianya ikan besar, dah di buang tulang tapi tak ada rasa sangat. Macam tawar je. Kalau nak makan buat lauk, kena ada cicah apa-apa sambal. Jarang aku buat lauk. Selalunya aku goreng celup tepung je. Buat macam fish &chips. Goreng tepung KFC ikan basa fillet ni, juga goreng ubi kentang. Ala-ala western gitu.....
Ini pula aku buat sup sayur berkrim. Selalu buat mushroom sup aje, tapi sebab mushroom tak banyak, jadi aku gabung mana-mana sayur yang aku ada untuk buat sup sayur berkrim ni. Boleh juga tayang resepi aku kat sini ya.
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih
2 biji kentang
1 biji carrot
1 batang leak
1 biji capsicum
7 ketul mushroom
dan apa-apa sayur yang kita nak letak.
(semua potong kecil-kecil)
Secawan susu segar
1 ketul kiub ayam
black papper
white papper
garam
Sedikit minyak dan butter untuk menumis
Cara-cara :
Panaskan minyak dan butter, tumis bawang putih dan merah tapi jangan lama. Masukkan sedikit air (jangan banyak seperti kuah), kiub ayam dan semua sayur. Hampir mendidih, masukkan garam, black papper dan white papper. Tak lama selepas semua dah ada rasa, masukkan susu dan biar seketika. Tutup api dan biarkan sup suam.
Bila dah suam boleh di blanderkan sup tadi. Sedia untuk di hidangkan.
Sup ni boleh di hirup begitu saja sebagai hidangan minum petang, atau boleh di cicah dengan garlic bread atau boleh jadi regu dengan fish & chips simple ni. Suka hati kita lah, makanan kita kan.....
No comments:
Post a Comment