Total Pageviews

Tuesday, 7 February 2012

PeNerBanGan Ke PerTh

Masanya telah tiba sebagaimana yang termaktub dalam tiket penerbangan yang aku tempah untuk perjalanan menemani hubby yang menuntut ilmu di Ozi. Biar letih menyaluti urat sendi, biar sedih hati ini untuk menjauhi ibu dan ayah, namun tuntutan fardhu kifayah tetap aku tunaikan.

Petang ini aku dan hubby bakal berangkat ke Adelaide lagi selepas kira-kira 2 bulan 3 hari berada di tanah air tercinta. Aku berangkat dari rumah Ma di Wakaf Bharu seawal jam 4.30 petang dan sempat merempuh keadaan jalan raya yang jam kerana waktu orang pulang dari tempat kerja.
Hanya sempat beramah mesra dengan keluarga selama setengah jam sahaja sebelum aku diwajibkan masuk ke ruangan boarding pass. Terima kasih kepada semua yang datang menghantarku ke airport, sesungguhnya aku rasa terharu dan sayu pulak hati ini untuk berangkat pergi. 

Penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 7.15 pm dan mengambil masa hanya selama 45 minit, tetapi aku rasa loya dan hampir termuntah kerana kedudukan leherku yang terpaksa di palingkan lama ke kiri bila melayan seorang datin yang ramah sangat berbicara. Nasib baik penerbangan ini tidak memakan masa yang lama.
Timbul satu masalah lebihan berat muatan luggage semasa di kaunter check in. Mungkin bekal keropokku terpaksa ku korbankan sebanyak 3 kilo. Mana berbaloi jika aku terpaksa bayar RM120 untuk itu. Kami nak bagi sahaja kepada petugas kaunter, tapi dia memberi jalan supaya kami buka kotak dan masukkan ke dalam hand carry bag. Susah betul... pada awalnya kami cuba mencari calon untuk bagi saja kepada sesiapa yang lalu lalang di airport tu, tapi tak jumpa orang yang sesuai. Nak pos balik ke rumah, tak jumpa mana pejabat pos di airport. Nak telefon sesiapa untuk datang ambik, mana sempat, dah tak ada masa dah. Keputusan cepat, kami rombak juga kotak keropok tadi walaupun hand carry kami dah penuh. Ok alhamdulillah... settle satu hal. Kami terbang ke Perth jam 12.00 malam.
Nasi lemak yang tak seberapa.....
Makan jugalah buat alas perut...
5.30 am landing di Perth. Good morning Perth...
Menunggu untuk menyewa kereta....
Kereta sewa kami, Ford XR6... Barang banyak sangat... kena juga sewa kereta... Lagi pun senang nak jalan-jalan nanti....

Dah sampai bilik hotel tu... anggota badan dah terlalu penat dan mata pun rasa tak boleh nak angkat.... Jadi rasa nak tidur lah kejap... bina balik tenaga untuk jalan-jalan nanti...

Bersambung.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment