Selepas menghilangkan penat dan merehatkan diri di bilik hotel, aku dan hubby merancang untuk hanya meninjau-ninjau dulu keadaan bandar Perth pada petang ini sebelum merancang untuk ke mana-mana dengan jadual yang di rancang.
Pada pandangan aku, Perth lebih kurang sama juga dengan Adelaide. Bukanlah sesibuk Melbourne atau pun Gold Coast yang pernah aku kunjungi. Kami cuba mencari pantai untuk mendapatkan angin petang dan pemandangan yang mendamaikan jiwa. Hanya berbekalkan GPS yang memang kami bawa, destinasi yang dihajati kami cari dan tuju. Mudah sekali dengan adanya GPS sekarang ni. Taip saja ke mana ingin pergi, pasti destinasi mudah ditemui.
Kali pertama aku melihat obor-obor berenang di depan mata.
Wellington Square, salah satu park yang luas di pinggir bandar
Pemandangan dan suasana cantik bandar Perth di waktu malam. Masa ni aku berada di kawasan tanah tinggi di Kings Park yang boleh memperlihatkan keluasan Perth City. Cukup berseri dengan adanya limpahan cahaya bulan purnama nun di atas sana. "ALLAHU AKBAR...."
Ini pula adalah pemandangan di tempat yang sama dengan versi siang hari. Boleh tengok perbezaan pada waktu siang dan malam hari.
Suasana malam di kawasan Botanical Garden.
Pada hari kedua di Perth, aku telah merancang untuk berjalan-jalan ke Fremantle, suatu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Bagi aku, kiranya anda datang ke Perth, sila lah berkunjung ke Fremantle yang menjadi bandar bersejarah di sini.
Suasana pasar pagi seolah carboot sale di sini. Jom layan beberapa gambar di sini....
Berkebetulan dapat melihat Kapal Queen Mary 2 yang berlabuh di pelabuhan sini.
Di hadapan market yang kebetulan juga di buka kerana ada kapal yang berlabuh tadi. Selalunya market ini hanya dibuka pada hari tertentu sahaja. Kira bernasib baik jugalah aku dapat tengok kapal dan kedai ini dibuka pada waktu lawatan aku ke sini.Alhmdulillah.....
Window shopping dalam market. Haaa.... jangan rajin membeli pula... barang aku dan lebih muatan.....
Di sekitar pelabuhan...
Ini adalah penjara lama dan sudah menjadi tempat bersejarah yang dibuka untuk pelancong datang berkunjung. Untuk masuk dan melawat ke bahagian dalam penjara ini, perlu membayar tiket AUD18.50 untuk dewasa dan mengambil masa kira-kira 1 setengah jam hingga 2 jam untuk menamatkan lawatan. Tapi, aku takut kalau aku lemah semangat pula bila masuk ke dalam, mana tahu kalau-kalau aku teringat-ingat terutama tempat banduan dihukum gantung. Lagi pun hubby tak menggalakkan, dia kenal aku. Jadi aku pun action kat luar je lah.
Beberapa view yang menarik di sini.
Sepanjang berada di Perth, setiap hari aku pasti datang ke kawasan tanah tinggi Kings Park dan Botanical Garden ini semata-mata kerana ingin menikmati kecantikan pemandangan alam ini. Jika tak sempat siang, pasti malam pun aku datang sekejap. Malam pun ramai orang yang datang lepak. mungkin kerana cuaca sekarang ni panas, membuatkan ramai orang berkunjung pada waktu malam untuk mendapatkan udara yang sejuk dan nyaman di sini.
Di sekitar Harbour Town.
Di hadapan Bell Tower
Tour bus yang boleh kita booking untuk pusing-pusing kawasan yang menjadi kunjungan pelancong. Tapi kerana aku dah sewa kereta, boleh langkah panjang lagilah.
Pada malam terakhir aku di sini, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di dalam kawasan city lagi, sebelum ni aku hanya melaluinya sahaja dengan kereta dan parking pula bukan dalam kawasan bandar. Kali ni aku cari parking yang dekat untuk berjalan-jalan dalam kawasannya. Alhamdulillah setelah beberapa kali berpusing-pusing, jumpa juga satu parking.
Beberapa snap kenangan....
Di hadapan bangunan Bank Of Commonwealth
Di sini seolah ada persamaan dengan KL Central Kuala Lumpur, stesen keretapi Perth.
Di hadapan Parliament House.
Setelah penat dan lenguh kaki melangkah, aku pulang. Esok mahu terbang lagi. Aku perlu berkemas barang serba sedikit. Mata pun dah mengantuk. Mungkin ini malam terakhir ku di Perth. Tapi insyaAllah ada rezeki nak datang lagi.
Dah mengunci pintu bilik. Pagi ni nak serah kunci dan merancang ke satu tempat yang agak jauh sedikit dari bandar sebelum bergerak terus ke airport selepas itu. Aku teringin nak tengok salah satu empangan di Perth ni. Empangan ini terletak lebih kurang 35 kilometer dari tempat aku menginap.
Canning Dam namanya. Beberapa snap kenangan....
Bolehlah sebagai kenangan....
Sebelum ke airport sempat lagi kami melencong ke City Perth sekali lagi, biar puas hati. Kali ni kerana aku nak mencari masjid. Girangnya hati jika aku dapat melihat masjid di sini sebelum balik Adelaide. Dengan mengikut maklumat dan arahan GPS, dapat juga aku melihat masjid walaupun sudah tidak sempat untuk merasa bersolat di situ.
Inilah gambar masjid yang diambil dari jarak dekat, aku tak boleh nak berhenti, parking susah. Lagi pun nak berkejar ke Airport lagi....Sesampai di airport, hubby memulangkan kereta yang kami sewa. Dengan niat untuk berehat awal, kami ke kaunter untuk check in awal. Tapi.... di sini lah sekali lagi ujian menimpa kami. Tanpa kami tahu awal, rupanya flight kami cancel hari ni, ditukar kepada tengahari esok pulak.... geram juga rasanya sebab tak diberi tahu awal-awal. Tapi nasib baik juga aku dan hubby tak ada connecting flight lagi selepas ni dan yang penting kami pun tak ada nak mengejar apa-apa melainkan rindu pada rumah Adelaide je.
Sebagai penyelesaiannya pihak Jet Star memberikan kami bilik hotel penginapan untuk satu malam dengan pakej untuk dinner dan breakfast esok pagi sekali. Lalu kami dihantar beramai-ramai dengan bas ke hotel Pan Pacific yang terletak di tengah bandar Perth. Sebab tu aku kata cerita ku dari 4 hari 3 malam jadi 5 hari 4 malam di Perth ni...... Tak sangka pula aku.....
Hubby bersama-sama mangsa flight cancel yang lain tengah beratur untuk check in di hotel Pan Pacifik.Biliknya seperti mana hotel Malaysia juga.
Kami turun juga untuk dinner. Tapi yang kurengnya bila kebanyakan makanan yang lazat-lazat dalam menu tu bukannya halal buat kami. Tak ada pilihan, hidangan sampingan je yang kami order seperti potato wedges, fun fries, beberapa dessert seperti kek dan tart serta fruit platter je. Tapi dah cukup kenyang dah buat kami.
Habis berkemas untuk hari ke-5, bersedia untuk ke airport lagi...Aku mahu keluar dan semoga sampai awal di airport, harap kali ni tak timbul masalah lagi....
Namun segalanya telah direncanakan oleh Allah yang maha tahu. Aku beratur di kaunter Jet Star. Tapi kata petugas kaunter, check in belum di buka, aku tunggu lagi.... Tunggu dan tunggu. Peliknya takkan tak sampai sejam nak bertolak dan tak sampai setengah untuk kena masuk ke boarding pass, kaunter check in masih ditutup... Tergerak hati hubby untuk bertanya sekali lagi, tapi pada kerani kaunter yang lain. Rupanya kerani kaunter yang aku tanya tadi tak tahu apa-apa pasal flight yang cancel semalam. Dia kata masih tutup check in untuk penerbangan jam 3.50 petang ni. Patutlah.... Geram betul aku dengan kerani tu... nasib baik kami tak terlepas penerbanngan ni.
Kami diberitahu yang flight kami juga di upgradekan dari Jet Star Ke Qantas. Hai.... kenapa tak di catit pada tiket kami....? Haru betul pengalaman kami ni. Dengan tergesa-gesa kami ke kaunter Qantas untuk check in. Lega sekali harung..... Qantas lebih kurang setaraf dengan Malaysia Airlines. Hebat servisnya. Tapi aku tak dapat makanan berat yang halal, kami cuma minta hidangan biskut kering yang dimakan dengan cheese halal serta orange juice sahaja, nak buat cammana.....Tapi apa yang menarik lagi kami berada bersebelahan saja dengan pasukan kriket Australia yang sama-sama terbang k Adelaide.
Akhirnnya sampai juga aku ke Adelaide Airport. Masa ni tengah tunggu kawan datang ambil.
Alhamdulillah atas pengalaman pahit manis ini. Tapi aku tak serik, kerana kita umat Islam ada peluang untuk berdoa semoga Allah sentiasa memelihara kita dan menghindari diri kita dari sebarang kesulitan dan kepayahan. Semoga setiap kepayahan itu ada jalan keluar dan penawarnya.
Saya telah melihat gambar di blog ini dan mendapati ianya amat menarik dan sangat berkualiti.Siapakah jurukamera yang mengabadikan gambar-gambar tersebut?
ReplyDeleteSalam Ramadhan untuk Tuan Syed Hassan Ramadhan ... Terlebih dahulu terima kasih kerana sudi menyinggah atau tersinggah di blog ini dengan komen. Seikhlas jawapan jika ikhlasnya pertanyaan; Erm.... hanya gambar-gambar biasa yang cuma terhasil dari kamera kecil yang di 'timer' kan di atas tripod... :-) Minat mengabadikan segala kenangan...
DeleteSalam.sesiapa nak ke perth,australia?. Cuba visit www.mahiraholidayhomes.com Holiday homes kepunyaan org islam malaysia.mereka ada car rental. Boleh call 0123360098 Saya da try 2x. Memang servis terbaikkk dan penginapan yg sgt selesa dan bersih. harga memang berbaloi.mereka ada fullboard muslim pakej juga.
ReplyDeleteSatu informasi yang menarik.... terima kasih buat traveller....
Delete