Pejam celik pejam celik, masa yang berlalu begitu tak terhitung laju rasanya. Tahun demi tahun dah seperti sebulan je rasanya. Cepat berulang, adakalanya ada lagi benda yang kita tertinggal di belakang yang belum terlaksana sebagaimana yang di harapkan.
Sedar-tak sedar, tahun ini dah masuk bulan februari dah. Bila dah masuk februari tu, selepas 4 hari berlalu, aku sekali lagi meraikan hari ulangtahun perkahwinanku iaitu pada 5 februari setiap tahun. Apa yang aku rasa bertuahnya ialah bila tarikh sambutan ulangtahun perkahwinanku kali ini jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh cuti maulidur Rasul juga, sebagaimana aku rasa bertuah juga pada sambutan hari lahirku tahun lepas bila tarikhnya jatuh bersamaan dengan malam 27 likur di bulan ramadhan.
Aku rasa baru je aku menyambutnya pada tahun lepas, dua tahun lepas malah tiga tahun lepas. Sesungguhnya masa itu emas, betullah kata pepatah. Tahun ini aku kembali seperti normal, bukan apa... selama dua tahun yang lepas aku meraikan ulangtahun perkahwinanku di Ozi, tapi kebetulan kini aku berada di tanah air. Cuma aku menyambutnya ketika berada di kampung ku di negeri Kelantan. Kalau sambut kat Malaysia ni, harap-harap dapatlah kenangan yang sesuai ya...

Pertamanya hubby bagi netbook ni, ini antara impianku sejak beberapa tahun lepas. Sebelum ni hubby dah ada yang besar, aku biasalah... sukakan yang mini... Penat menservey untuk dapatkan harga dan free gift terbaik bagi netbook jenama lenovo nih. Thanks hubby....
Ini sebagai tambahan je. Dah lama tak dapat handbag baru. Dekat Ozi, aku hanya pakai yang dibeli di garage sale je. Tu la... banyak sangat bawa barang dalam handbag, talinya hampir putus. So bolehlah buat alasan untuk ganti yang baru. Lebih-lebih lagi masa berada kat Malaysia ni.
Selalunya untuk kenangan hari ulangtahun, kami memikirkan suatu kenangan untuk sama-sama kami pakai. Kali ini kebetulan handphone kami buat hal... so itulah kenangan yang kami pilih untuk tahun ini. Alhamdulillah.
Aku mengharapkan kerahmatan Allah dalam ikatan perhubungan ini, semoga sentiasa berada di bawah kesejahteraan dan perlindungan Allah, diberikan ikatan kasih-sayang yang kukuh antara kami, di murahkan rezeki, bahagia di dunia dan di akhirat sebagaimana moto rumahtangga kami ; "BAHAGIA HINGGA KE SYURGA".
No comments:
Post a Comment