Total Pageviews

Monday 5 March 2012

SeDaP NyA BuAh Ini....

Sekali pandang macam sama je dua jenis buah ni. Warna sama, saiz pun hampir sama tapi nama dan rasanya memang lain............

Yang bertangkai tu memanglah anggur hitam. tapi yang buahnya relai satu-satu tu ialah 'sugar plum'. Seingat aku... rasanya belum pernah tengok dan makan buah ni. Plum saiz biasa tu memanglah aku selalu tengok. Cuma yang bersaiz kecil ni,baru je aku merasa isinya. Lembut, manis dan ada yang rangup. Memang manis, namanya pun sugar plum. Aku membelinya di Gepps Cross Sunday Market hari tu.

Sebelum ni, memang selalu juga aku makan buah tin yang dikeringkan. Zaman sekarang ni agak mudah untuk mendapatkan buah tin yang kering. Jika dulu, tunggu lah sesiapa yang baru balik dari Mekah untuk makan buah tin kering. Istimewanya buah tin ini kerana di sebut namanya di dalam al-Quranul Karim.

Di Australia sekarang ni memang musim buah tin (fig). Kat sini aku dapat makan buah tin segar. Memang manis dan lazat. Aku suka buah tin ni samada segar atau kering. Suka semasa mengunyahnya aku dapat menggigit biji-biji kecilnya. Krup-krup bunyinya. 

Indahnya nikmat kurniaan Allah yang menjadikan berbagai-bagai buah mengikut musim-musimnya. 
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment