Total Pageviews

Tuesday 27 March 2012

TeTaMu Malaysia Ku - Kak Ros & Abang Zul


Telah' lebih semusim yang lalu rasanya Kak Ros, salah seorang bekas student UNISA Mawson Lakes Campus kembali ke Malaysia for good. Masa pantas berlalu, baru saja rasanya aku menghantar kepulangan Kak Ros ke Airport pada musim panas tahun lalu. Minggu ini Kak Ros dan suaminya Abang Zul serta emak dan ayahnya datang bagi meraikan majlis konvokesyennya. Anak-anaknya tidak ikut serta kerana masing-masing sedang belajar. Tahniah buat Kak Ros....

Dulu, kami satu geng kiranya. Kerap bertemu, berkumpul, bercuti bersama dan sentiasa ada majlis makan-makan. Aku mengambil kesempatan ini menjemput Kak Ros dan family datang bertamu dan dinner ke rumahku. Bolehlah sembang banyak cerita dan mengungkit kisah lalu.

Kak Ros ni berasal dari besut, Terengganu. Mengajar di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan. Kak Ros dan Abang Zul ni tak berubah pun, malah masih sama. Anak-anak dah makin dewasa, yang bongsu pun dah remaja. Bahagianya hidup Kak Ros, macam kembali ke alam bercinta pula. Malah aku kenali Kak Ros dan Abang Zul sebagai pasangan yang romantik saja :-).

Dah jemput orang bertamu kat rumah tu, pening juga nak masak apa. Last-last ambil keputusan nak masak nasi beriani kukus lagi. Sebagaimana resepi yang telah aku paparkan sebelum ini. Untuk membuat rujukan sila klik di sini.

Ini first time aku masak banyak sikit nasi ni. Selalunya paling banyak pun 3 pot je. Tapi kali ni sebanyak 7 pot untuk tetamu seramai 10 orang. Kira terlebih dah tu, mana tahu jika orang makan bertambah-tambah. Lagi pun memang aku kalut sikit kalau jemput orang ni, biar masak lebih sikit tak apa, tapi jangan sampai tak cukup.

Ini lauk daging Kurma kari. Hanya pakai sedikit santan kerana bercampur yogurt asli.

Yang ini pula adalah Tandoori Chicken. Ianya di perap dengan rempah tandoori Shan, olive oil dan juga yogurt asli. Kemudian di bakar. Sekali pandang nampak macam ayam percik la pulak.
Sebagai pelengkap nasi ala-ala Middle East style, tak lengkap kalau tak ada yogurt ni. Ini macam wajib bagi dia orang. Jadi ini boleh di cicah dengan ayam tu atau makan sebagaimana yang kita suka. Boleh jadi sebagai penghilang muak.
Ini seperti biasalah, salad sebagai pelengkap kepada menu nasi beriani. Macam acar kepada kita. 

Tak sempat nak beria buat dessert, so inilah saja yang sempat aku buat. Jagung manis yang di rebus. Ini pun nasib baik ada jagung yang aku beli dari pasar pagi minggu dua minggu yang lalu.

Oh ya lupa... Sesetengah tradisi orang Middle East punya style, dia akan minum teh yang di letak padanya cardamon (buah pelaga) ke dalam air Teh. Aromanya begitu menyegarkan. Kepada peminat teh halia tentu tekaknya boleh menerima rasa teh ini. Aku pun dah jatuh cinta dengan teh ini. Alaa lah (kawan Iraqi aku) yang memperkenalkan cara ini pada aku.
 

Macam-macam cerita yang di bualkan.
 

Dah habis bersembang tu, malam pun dah makin lewat. Tetamu pun pun dah nak balik. Esok banyak lagi tugas yang menanti. InsyaAllah lain masa silalah datang lagi.... Terima kasih kerana sudi bertamu di rumah kami.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment