Total Pageviews

Tuesday, 27 August 2013

Selamat Tinggal Kenangan Akhir Adelaide

Kenangan dalam minggu akhir di Adelaide.... Seolah hatiku masih di sana....
Di jalan depan rumah salah seorang officemate hubby. Pemandangan dari lajur pokok sepanjang jalan mengingatkan aku kepada pemandangan indah pokok jacaranda di Cavendish Avenue, jalan sebelah bekas rumah sewa ku di Devon Park pada setiap akhir musim bunga.

Farewell party serentak bersama officemate hubby..... Berkejar ke sana sebaik saja selesai rumah kami diinspect oleh tuan rumah.
Tempat cadangan awal adalah di Rymill Park seperti tahun-tahun sudah, berpindah ke rumah salah seorang rakan kerana cuaca dan hujan yang tidak menentu.
Ke Uni...
Hari terakhir bertugas sebagai driver.....
Memenuhi harapan orang lama sehari sebelum berangkat....
Impian akhir untuk ke cafe pilihan kedua ini di malam terakhir berada di Adelaide. Cafe pilihan pertama ditutup pada setiap isnin. Terima kasih kepada 'pewaris' rumah sewa kami kerana belanja kami makan di sini. Terima kasih tak terhingga juga kerana banyak memudahkan urusan kami. Minta halalkan apa yang terkurang. Semoga happy berada di rumah ini sebagaimana kami juga happy sepanjang menyewa di sini. 

Di hampir tengah malam selepas inilah, kereta ku akhirnya terjual juga selepas aku hampir berputus asa daripada mengharap. Mafhum firman Allah Subhanahu wa ta'ala, "manusia merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang"
Alhamdulillah, impian untuk melihat kereta ku pergi di depan mata juga Allah tunaikan. Juga alhamdulillah dapat menggunakan kereta itu hingga ke hari terakhir di sana, sekalipun impian awal untuk menyewa kereta pada 3 hari terakhir tidak tertunai. 
Alarm berbunyi di tengah malam sebermulanya tarikh dan hari keberangkatan, kala aku sedang berkemas segala perkara.
Ke airport selepas subuh. Persediaan awal tidak menyebabkan berlakunya kekalutan. Santai-santai saja.
Terharu dengan si Maiko ni, terdatang lambat dikala aku dipanggil untuk menuju ke dalam flight, malah dia masih berada dalam bas. Selagi ada masa, aku cuba menunggu. Dia nak bagi kad dan gambar, tapi apa boleh buat, tunjuk saja melalui cermin. 
Selamat tinggal Adelaide, Aku bersedih bukan kerana meninggalkan orang-orangnya, tetapi aku hiba bila terpaksa meninggalkan bumimu....
Di sana terkenang di sini pun sayang..... 

No comments:

Post a Comment