Total Pageviews

Thursday, 8 August 2013

Diary Aidil Fitri 2013

Sekilas renungan :

Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu'anhu meriwayatkan, Nabi SAW. bersabda atau sebagaimana baginda berkata : "Barangsiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama satu tahun". 
(HR. Muslim)

************************************************************
Coretan raya bergambar buat tatapan family....
Pagi raya yang sentiasa meriah di mata semestinya... pasal hati tiada siapa yang tahu melainkan Dia Yang Maha Mengetahui. 

Rutin bermula sejak beberapa hari sebelumnya hari raya. Bertungkus lumus membuat persediaan. Namun selalunya malam raya jugalah kita bersungguh-sungguh menyiapkan segala perkara. Hal masak-memasak itu biasalah. Ini baju raya yang boleh digosok awal pun, berebut nak settlekan pada malam raya juga. 

Sejak berada di sini, selalunya aku pun melakukan benda yang aku tulis tadi. Sibuk nak iron baju raya time malam raya juga. Pastu rutin juga nak call family kat Malaysia pun pada malam rayalah. Tahu dah time raya line busy. Tapi baru real kan untuk ucapkan selamat hari raya untuk esoknya. Kekadang skype pun ada juga. Sepatutnya boleh tidur awal, tapi bila dah melayan, jadi lah berlarutan dan tidur pada waktu yang dah masuk ke pagi. Sana awal lagi, kita kat sini dah ngantuk sangat dah. Itulah selalunya rutin ku.
Keceriaan hati pada malam raya. Semalam terus saja berbuka dengan menu raya. Macam yakin je esok hari raya. Tapi betullah, dah terumum dah esok hari raya. Ada kunjungan dari tetamu rutin ku... alhamdulillah dan terima kasih, mereka tidak melupakan rutin kami. Aku pula masih mengulangi jadual yang sama, malam raya sebelum tidur disudahi dengan meng'iron' baju. 

Di pagi Syawal......
Ke masjid al-Khalil seawal yang boleh. Boleh lihat suasana masa lengang dan penuh. Suasana ketika ini mengingatkan aku kepada suasana di Mekkah atau ketika melakukan umrah. Berbagai bangsa dan warna kulit. Bermacam cara berpakaian juga mazhab yang dipegang. Di sini saja dapat mengecam bahawa mereka itu muslim terutamanya kaum lelaki. Jika jumpa di lain tempat, agak susah juga untuk kita bezakan mereka. 
Selalunya juga, bila time sampai awal macam ni, ambil kesempatan bergambar dulu. Kali ni, tengah bergambar-gambar ngan hubby, tetiba ada seorang kanak-kanak berseorangan datang menghampiri kami dan meminta nak masuk sekali dalam gambar ni. Comel anak ni.
Suasana selepas solat sunat aidil fitri. Jumpa kawan-kawan. Dah tak ramai rakyat Malaysia bersolat kat masjid ni sejak peluang dibuka untuk menunaikan solat sunat di Bonython Park. Lebih selesa bagi yang ada anak-anak agaknya. Bagi aku... masih setia dengan al-Khalil ini. 
Sahabat yang setia menziarahi rumah kami disetiap pagi 1 Syawal selepas solat sunat aidil fitri, sekalipun rumah ini makin kosong. We love you all... terima kasih daun keladi... Aku pulak...pakai baju raya yang sama je dengan aidil fitri tahun lepas, eh tercakap pulak... :-). Tapi time raya haji yang tahun lepas tidak samalah....
Menjadi rutin juga, di waktu selepas balik dari solat raya, (maaf tidak berniat meriya'kan diri, cuma ingin mengabadikan di ruang blog ku ini buat ingatan) aku menerima surat ini dari Mr Hubby sebagai duit raya. Masa ni lah malu tapi mahu... :-) tersipu saja... Terima kasih juga buat My Heart.
Depan rumah.... Lepas ni nak ke rumah si penjemput pertama.....
Tersampai awal... boleh tolong-tolong dulu.... Terima kasih bebanyak...
Ini pula di rumah si penjemput kedua..... Kenyang sangat dah... Terima kasih tak terhingga...
Menuju pula ke majlis raya anjuran MyPSA dan aqiqah yang diadakan di Thorndon Park.
Masa sampai tu, agaknya dah ramai yang balik. Terima kasih juga kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan semuanya ini. Masakan yang sedap-sedap, cuma amat kekenyangan untuk makan lebih sikit.
Last sekali on the way balik tu, drop hubby ke Uni... masih banyak kerja yang belum selesai. Aku balik dulu...sebab malamnya janji aku akan datang ke office temankan dia buat kerja. Penatnya..... mata macam kena paksa buh tongkat je.... Ok jumpa lagi di lain cerita......... Selamat meneruskan raya.... 

No comments:

Post a Comment