Total Pageviews

Tuesday, 6 August 2013

Kentang Kisar Ringkas

Bila sesekali tekak ini mengingini sesuatu yang ringkas, simple, mudah atau kata lain juga yang bukan beria-ria kena tumis ke atau yang rumit-rumit tu lah. Nak pulak yang ala-ala western gitu. Ooo gedebei bbunyi eih.... :-)
Antara yang senang dibuat. Masak kentang kisar ni sebagai pengganti nasi untuk mendapatkan karbohidrat. Jika beberapa lama dulu, punyalah tak tahu cara nak buat kentang kisar ni. Kagumnya jika ada sapa-sapa yang pandai buat. Rupanya teramatlah mudah menyediakannya. Yang penting kita yang adjust dia kan. Mungkin ada resepi yang sudah tersohor untuk membuat kentang kisar ni. Tapi apa salahnya meninjau yang simple begini... kerana ingin juga aku abadikan this menu dalam blog yang tak sehebat mana ini.

Bahan-bahan yang aku pakai :-
  1. Beberapa biji kentang, anggaran 5 biji saiz sederhana, belah dua atau tidak.
  2. Garam.
  3. Lada hitam.
  4. Grated cheese (aku pakai jenama beqa)
  5. Sedikit susu segar
Cara-cara :-

  1. Rebuskan kentang hingga lembut.
  2. Apabila agak suam, kupaskan kulit dan masukkan ke dalam satu bekas.
  3. Masukkan garam, lada hitam, cheese parut dan susu.
  4. Lenyekkan dengan menekan-nekan dengan senduk penekan daging burger ke.... atau blendkan guna blender stick hingga lumat.
  5. Hidangkan dengan menuangkan gravy ke atasnya.
Cara-cara ringkas menyediakan gravy :-
  1. Didihkan sedikit air stock ayam.
  2. Letakkan sedikit lada hitam.
  3. Masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkannya. Siap.

Sebelum dituangkan gravy...

Sedia untuk dimakan, regukan dengan sausage ke, roti ke atau pun ayam bakar pun lagi hebat. Selamat mencuba....... 

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment