Total Pageviews

Monday, 12 August 2013

Parcel Di 1 Syawal

Satu pengalaman baru yang belum pernah dialami......

Al kisahnya masa lepas balik dari rumah-rumah terbuka dan majlis raya yang sempat dihadiri, selepas drop Mr Hubby kat Uni, aku balik rumah dulu. Dah jadi automatik pulak, macam selalu... turun je kereta, aku suka check kat peti surat kot-kot ada surat yang baru sampai ke... atau cataloge baru ke... atau apa-apa yang berkaitan lah. Nampaknya tak ada surat atau cataloge pun... tapi ada sekeping kad yang pastinya bukanlah kad raya....
Kad yang inilah.... menandakan ada barang yang dibeli secara online sampai ketika aku tiada di rumah tadi. Kekadang ada sesetengah barang-barang yang biasa, penghantar hanya meninggalkannya di depan pintu masuk je, kekadang pula jika barang yang agak penting, penghantar akan meninggalkan kad. Selalunya bila ditinggalkan kad begini, kita kena ke post office terdekat yang tertulis di situ untuk menuntut barang berkenaan selepas jam 4 petang atau dihari-hari selepasnya. Tapi bila aku belek sebelah.....
Terpinga-pinga aku dibuatnya, antara percaya dengan tidak... kerana belum pernah menerima yang begini. Cepat-cepat aku pusing tengok bin aku....
Ada satu bin yang recycle je kat situ. Patutnya ada 2. Mana lagi satu....? Mata berpusing lagi mencari....
Jika orang Malaysia tengok, pemandangan macam ni bagai kawasan rumah setinggan je.... tapi kat sini biasalah macam ni.... :-) Ok lah.... Nun ke belakang sana.... Bin bertutup biru telah ditolak ke lorong menghala ke belakang rumah. Aku mendekatinya dan......
Rupanya inilah yang dimaksudkan dalam catatan pada kad tadi....

Demi sedikit keselamatan, dia menyorokkan barang di belakang bin ini supaya terlindung dari pandangan orang yang lalu lalang (walau pun kad diletakkan dalam peti surat - moga tiada orang yang tidak berhak membacanya). Memang hubby ada mengorder barang ini 2 hari lepas. Terima kasih kepada penghantar barang ini..... mendedahkan aku dengan pengalaman baru menerima parcel seolah-olah sedang bermain treasure hunt je.... 

No comments:

Post a Comment