Total Pageviews

Friday, 16 August 2013

Indahnya Pengorbanan Di 1 Syawal

Sekadar mutiara kata :
"Beruntunglah sesiapa yang sibuk dengan ke'aiban dirinya sendiri berbanding dengan mencari ke'aiban pada orang lain"
************************************************
Lunch bersama supervisors selepas misi pertama complete.

Imbas kembali..... important mission :
Aidil Fitri yang membawa seribu makna pada setiap yang meraikannya. Banyak memberi pengertian sekalipun berbeza pada tafsiran setiap insan. Suka duka adalah perkara fitrah yang mewarnai corak kehidupan manusia... agar terlakar suatu sirah yang mempunyai jalan bergraf tinggi rendah dan bukannya sekadar mendatar yang memboringkan. 
Sangat berbaloi memakai baju raya tahun ini... complete 24 jam, bermula dari selepas subuh raya pertama sehingga ke selepas subuh raya ke-2.... :-)
Khamis 8/8/2013 :-
Selepas beraya separuh hari, stay kat Uni sehingga melebihi jam 4.00 pagi, tersasar jauh dari jangkaan awal yang disangkakan pada mulanya hanya setakat jam 12 malam. Selepas diprint, thesis dapat dibindingkan bermula pada jam 3.40 pagi untuk mendapat komen akhir dari supervisor.
Antara muka-muka depan....
Thesis dimasukkan ke pigeon hole kedua-dua supervisor yang berkebetulan terletak bersebelahan saja antara satu sama lain. Mengharap sepenuh hati supaya terus dapat disemak oleh mereka dan dapat meeting lagi pada hari Isnin nanti. Manakala selepas mendapat komen akhir dan selepas dibaiki lagi.....

Selasa 13/8/2013 :-
Approval email dari principal supervisor.
Ke kedai tempat membinding thesis yang terletak di 28, Dew Street, Thebarton. 
Rabu 14/8/2013 :-
Sebagaimana sebelum-belum ini, adalah menjadi tugasku untuk pick up thesis yang telah siap dibinding. Aku dah kerap kali sangat datang sini. Tapi kali ini amat-amat berbeza jiwa dan raga. Semangat aku pun lain juga dari selalu. Sangat istimewa kali ini kerana aku menghantar dan datang pick up untuk Mr Hubby sendiri. Datang hantar ngan dia, tapi pick up aku datang sendiri. Dua kali datang pulak tu. Punyalah excited. Kali pertama datang sebab on the way balik dari City. Janji pukul 3.00 pm tapi terdatang awal dekat sejam. Saja mencuba luck. Tapi belum siap juga. Kenalah datang dalam pukul 3 juga. Tak kisahlah kerana saja try menyinggah.... dan akhirnya....

Khamis 15/8/2013 :-
Borang penghantaran....
Seolah terlepas satu bebanan berat yang terpikul dibahu juga diminda selama pengajian ini bila dah dapat menghantar thesis pada semalam. Jelas keceriaan terpancar dari wajahnya dan aku yakin dihatinya juga begitu ceria ketika ini sekalipun keputusannya hanya akan diketahui selepas 3 bulan nanti, namun sekurang-kurangnya telah selesai peringkat cabaran yang pertama ini dulu. Allahu Akbar walillahilhamd.... bak kata tuan penasihatnya, "Itulah yang dikatakan takbir kemenangan..." :-)

No comments:

Post a Comment