Total Pageviews

Wednesday 6 March 2013

Tempahan Laksa Ku di Adelaide Kali Ini

Sedar-sedar dah masuk autumn dah sekarang ni. Yang jelas aku dah nampak daun-daun di kebanyakan pokok mulai menguning dan ada yang mula bertukar warna kemerahan. Ada pokok yang dah mula menggugurkan daun-daunnya kebumi. Bersepah di mana-mana, memberikan lebih pekerjaan kepada si tukang sapu daun. Tapi canggih cara mereka memungut dedaunan, bukan pakai penyapu dan penyodok, malah pakai vaccum yang khusus untuk itu atau terus saja menyedut pakai lori terus... ok itu nanti cerita kemudian. 
Dah lebih seminggu kot aku tak bercerita, kesibukan, kepanasan minggu ini, tak cukup nak capai masa dan yang sebetulnya kesihatan juga tak mengizinkan aku menggunakan kudrat untuk bercerita. Semuanya dari Allah Subhanahu Wata'ala.....
Ready untuk di pick up

Ni haaa.... baru nak berkisah pasal tempahan laksa ni. Tempahan dari seorang kakak yang menempah dengan tiba-tiba, sehari sebelum hari yang dia nak. Mujur sempat mencari segala bahan. Laksa untuk 30 orang dan aku dibayar dengan harga AUD 5 untuk satu kepala. Jadi inilah kerja aku pada jumaat minggu lalu. Mudah sahaja kerana aku tak perlu menghantarnya malah dia sendiri yang akan datang mengambilnya nanti.
Memborong tuna dan santan di Coles Supermarket. 

Sekalipun penat, namun dalam hati lega kerana dapat memenuhi hajat sahabat yang inginkan aku menyediakannya. Pengalaman yang dilalui mungkin boleh mematangkan aku tentang proses tempah menempah ini :-) ..... Terima kasih....



2 comments:

  1. Sedapnyo laksa kelantan....kat Adelaide Australia ni pun ada ye? Nak tempah jugalah..boley?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je...Sila berurusan dengan secritara saya di plus six one four two one seven o seven six double one.

      Delete