Total Pageviews

Friday 22 March 2013

MorNing Check Out

Tetamu membawa rahmat, tapi jika tetamu kita dah balik, adakah masih kekal kita dalam rahmat. Kenapa pula persoalan ini yang menjadi kekeliruan aku. Cuma masih menjadi keyakinan aku bahawa Allah itu maha adil, maha pemurah dan maha penyayang serta maha segala-galanya. Tidak lah Allah itu menzalimi hambaNya, sekalipun ada yang kita pernah dengar cerita-cerita tauladan yang mana Allah akan menarik balik nikmat yang di berikan hambanya, tapi itukan untuk hambanya yang tidak tahu bersyukur, nauzubillah...

Keriuhan dengan tangisan penghibur dikala subuh hari bagaikan satu rahmat yang Allah berikan pada aku. Kenapa aku katakan itu sebagai rahmat? Aku cepat jaga untuk solat subuh berbanding jika aku mendengar alarm jam berbunyi. Bunyi je tutup balik dan hati kata "jap lagi..." :-) Jaga-jaga je aku rasakan Allah sentiasa mengejutkan aku memberitahu aku ada kewajipan yang perlu di kerjakan selepas ni. Lepas tu aku jadi lagi aktif dan laju je buat kerja. Itu yang jelas aku dapat rasa. Inilah yang kita katakan perjalanan hidup manusia yang tidak dapat lari dari tanggungjawab.

Sempat juga dinner sama-sama pada waktu supper di malam akhir. Bukan kata tidak pernah menjamu selera bersama tapi kerana jadual harian yang agak berbeza. Menu kampung yang meriah di mata.....
Lamb stew....
 
 Grill baramundi dicicah samada dengan air asam atau sambal kicap....
Supper pun supperlah walaupun dengan makanan berat. Seronok meratah ikan...
Pagi ini.....
Keluar ke airport seawal jam 7 pagi.... Bakal meneruskan percutian ke Sydney. Selamat bergembiralah... Peluang ini sesekali datang, pastikan setiap ruang tidak disia-siakan..... InsyaAllah moga ada lagi pertemuan selepas ini.... Di Malaysia....

No comments:

Post a Comment