Total Pageviews

Friday, 31 May 2013

TanGanKu SaYang

Berkisah.......
Semalam aku telah ditidurkan dengan sengaja. Tidak terasa orang-orang berbuat sesuatu pada tapak tangan kiriku. Tidak terasa ada hirisan, torehan dan jahitan yang dibuat malah aku tidak mampu untuk merasa sakit. Pembedahan kecil ini berlaku mungkin dalam setengah jam sahaja setelah aku dibius. Aku menganggap aku hanya separuh sedar, tapi aku di tidurkan semua sekali. Mungkin aku tertidur ketika sedang bersembang-sembang dengan pakar bius yang sengaja bercerita supaya aku dapat mengurangkan rasa takut ketika itu.

Sedar-sedar bila mendengar sayup-sayup seorang nurse memanggil-manggil nama aku seperti mengejutkan aku dari tidur. Dia menjelaskan sesuatu kepada aku dalam bahasa Malaysia dan kemudiannya berlalu pergi. Terkejut aku, dari mana dia, sebelum aku masuk ke sini, tak ada pulak aku ditemukan dengan dia.... Aku faham dan mendengar dengan baik apa yang dia bagitahu aku, tapi lepas tu aku tertidur semula. Peliknya lepas tu aku macam lupa balik apa yang dia bagitau aku masa tu... rasanya aku bukan bermimpi...
Bila aku terjaga semula, aku bertanya kepada nurse yang sedang menguruskan aku ketika itu, sekarang ni dah jam berapa dan di mana aku berada sekarang. Rupanya aku telah berada di recovery room.... 
Ketika tapak tanganku mengalami kesakitan dan bengkak.

Bermulanya kisah ada ketulan kecil wujud ditangan aku sejak februari 2012. Namun disebabkan tiada apa-apa kesakitan yang aku rasa melainkan hanya ketidakselesaan ketika membuat kerja, bertongkat dengan tangan dan ketika memandu, maka aku biarkan ketulan itu bertapa di situ sekian lama, sehingga lah selepas sebelas bulan kemudiannya. 
Mungkin ada satu ketika tu, aku sedikit lasak membuat kerja, sehingga memberi kesan kepada tangan aku tu agaknya. Tapak tangan ku memerah dan mula membengkak. Bengkak menjalar hingga ke tengah tapak tangan dan di atas sendi jari tengah aku. Masa tu baru aku rasa sakit yang berdenyut-denyut. Sesekali aku tidak mampu bersabar dengan kelenguhan yang aku rasa pada seluruh tangan kiri aku bermula dari bahu hingga ke hujung jari terutama pada malam hari dan waktu pagi. 

Dah jadi begini, baru aku jadi rajin untuk jumpa doktor. Tersangat gerun dengan cara doktor check masa tu. Sehingga bawah lengan dan ketiak pun dia check. Tak puas hati, dia call lagi seorang doktor lain datang dan minta pandangan. Aku diminta buat x-ray dan datang lagi pada appointment lain. Selain tu aku kena ambil dua set antibiotik (kerana satu set belum dapat mengurangkan bengkak)

Salah satu set antibiotik yang terpaksa di ambil untuk melegakan bengkak di tapak tangan aku. Alhamdulillah, mengecil juga dia akhirnya...

Ultrasound yang diambil. Masa ni tangan aku sedang sakit membengkak.


'Ganglion Cyst' adalah satu perkara biasa berlaku. Ianya tidak membahayakan individu berkenaan sekiranya tidak sakit atau tidak berlaku apa-apa effection. Tetapi sekiranya sakit dan membesar atau membengkak, ianya patut dibuang. Jika tidak kes yang sama berkemungkinan akan berulang.

Aku di rujuk ke 'The Queen Elizabeth Hospital', punyalah lama nya masa yang diambil, selepas hampir 3 bulan baru dapat appointment. Pastu ada cancel-cancel tarikh pulak tu. Boleh jika nak cepat, pergi private, tapi berapa pulak kami yang tak mampu ni nak bayar. Dah hilang sakit sikit, mula lah abaikan semula....
Semasa lawatan kali pertama selepas dirujuk ke sini. Keputusan doktor, lebih baik dibuang supaya nanti kes yang sama tidak berulang. Kena tunggu tarikh lain pulaklah....

Tengah mengutip dedaun pokok yang luruh depan rumah di satu pagi tu, ada posmen datang hantar surat ni...



Siap dengan dah buat highlight dengan marker pen dah.
Banyak pulak borang yang aku kena isi untuk diserahkan pada hari Pre-Admission tu....

Appointment masa hari Pre-Admission tu, aku kena jumpa dengan 4 individu terlibat... pharmacist, nurse, anesthetist  dan juga surgeon. Kebanyakan soalan yang ditanya adalah lebih kurang sama, pasal kesihatan, ubatan, alahan, makanan, sejarah kesihatan keluarga, rumah aku macammana, tinggal dengan siapa... macam-macamlah sampai malas dah mulut mengulang jawapan yang sama. InsyaAllah aku akan ingat semua pesanan untuk hari operasi tu nanti.
 Appointment asal berubah dari jam 7.00 am kepada 10.00am. Tapi kekadang masa bukan boleh dijaga ketepatannya. Aku dipanggil masuk pada jam 12.00 tengahari.
Minum teh dengan cheese sandwich selepas keadaan stabil pada jam 2.35pm. Aku yang berpuasa sejak tengah malam, malam tadi dapat menelan dengan berselera sekali... :-)
Setelah semua keadaan ok, aku dibenarkan keluar kira-kira lebih jam 3.00 pm dengan kesan kebas pada tanganku masih tebal terasa sehingga ke jam 9.00 malam. Bila rasa kebas hilang, baru aku dapat rasa sedikit sakit yang berdenyut pada tangan aku tu. Mungkin perkara biasa. Dalam masa 10 hari, aku ada appointment  ke sini lagi untuk datang tanggalkan jahitan.

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment