Laluan kehidupan kita jika hanya membentuk graf lurus selari, tanpa ada tinggi rendahnya, tiada juga manisnya. Sebab itu lah kita manusia sebagai mana Allah rencanakan samada pahit manis mehnah yang kita tempuhi semuanya punyai hikmah samada yang zahir atau tersembunyi.
Ada satu hari dalam minggu lepas, hampir 3 jam luang kan masa dekat QEH. Urusan aku sendiri, appoinment hari tu, aku kena jumpa dengan 4 orang penting di situ. Nantilah, aku ingin merakam cerita dan akan ada siri itu nanti dalam Ahwaalulhayah bila cerita bersiri itu telah lengkap episodnya. Semua dalam satu.
Malam tadi pula, dalam jam 11.30 malam (bukankah hampir tengah malam tu), masa aku tengah tengok TV ke atau TV tengok aku entah (sebab aku tengah khusyuk knitting), bersendirian sambil bersedia menerima panggilan dari hubby untuk pick up dia dari Uni, tetiba terkejut bagai nak tercabut jantung (nasib baik dan alhamdulillah jantung aku kuat). Ada orang ketuk pintu rumah aku. Aku cepat-cepat slowkan suara TV dan cuba kawal perasaan aku sekali pun aku rasa darah aku sudah tiada di muka dah. Tak kan aku berani buka pintu. Jika kawan-kawan aku, kenapa tak telefon nak datang atau bagi salam ke, atau panggil nama ke... Ini tidak.. tanpa suara. Siapakah itu....?
Tak lama lepas tu aku dengar bunyi tapak kaki melangkah pergi. Terus aku hantar sms pada hubby di Uni dan dia segera call aku. Tak semena-mena lepas tu, aku takut sesangat nak turun rumah untuk gi ambik dia. Alhamdulillah dengan rela hati ada kawan dia yang masih di Uni masa tu nak datang hantar dia balik rumah. Terasa pulak menyusahkan dia. Tapi 'syukran jaziiilan' (dia orang Kuwait). Check sekitar, tak ada apa, alhamdulillah lagi.
Peristiwa tu menimbulkan persoalan besar yang aku tersangat ingin tahu siapa dan apa tujuan dia mengetuk pintu rumah aku pada waktu yang selewat itu.... Tetapi aku rasa macam nak berazam, jika ada lagi berlaku, aku nekad nak bertanya dengan kuat dari dalam... "Sapa tu...?", Boleh ke aku...? Tu la mehnah ringan bagi aku minggu lalu.
Kali ini nak berkisah pasal tempat yang biasa-biasa saja di Port Adelaide. Kerap juga ke sini tapi fokus kali ini ialah pada rumah api yang menjadi mercu tanda di sini. Setiap kali datang tak terfikir nak panjat rumah api ni, tapi kali ini aku berjaya pujuk hubby yang sering gayat berada di tempat tinggi (aku pun gayat juga tapi nak merasa) untuk naik ke atas menara rumah api ni.
Hanya di kenakan bayaran satu dollar sahaja untuk dewasa dan hanya 50 sen untuk kanak-kanak 5 hingga 18 tahun. Ooooh... 18 tahun di kira kanak-kanak ya... :-)
Melalui laluan tangga berpusing yang sempit, mungkin sedikit ujian bagi yang berbadan besar. Aku pula ada la sedikit terasa pening semasa memanjat naik. Sebabnya kerana melalui tangga yang sentiasa kita kena pusing, pusing dan pusing. Memang perasaan gayat tu ada. Tapi keinginan untuk merasai berada di atas menara tu mengatasi perasaan gayat aku tu.
Pada haluan turun, tak ada masalah, seronok pulak masa turun, sebabnya kita tidak mendaki lagi. Laju je jalannya pun. Memanglah masih berpusing, tapi aku tidak lagi terasa kegayatannya.
Pada beberapa tingkat tangga akan ada la sedikit information yang boleh kita baca. Mungkin dengan cara ini dapat menghilangkan sedikit perasaan gayat kita tu. Panjat sikit, baca... pastu panjat sikit lagi, baca yan lain pula hinggalah pada tangga paling atas. Antara yang aku sempat snap....
Bagi aku yang suka berfoto ni, tak akan cukup syaratnya jika tak ambil gambar semasa berada kat atas lighthouse ni.
Gayat juga rasanya berada kat atas ni. Tapi seronok melihat segala pemandangan di sekitar Port Adelaide dari atas.
No comments:
Post a Comment