Total Pageviews

Friday, 24 May 2013

Feijoa Fruit, Buah Jambu Adelaide

Permata kehidupan renunganku :-
"Beruntunglah bagi orang-orang yang yang menjadikan akalnya sebagai amirnya dan hawa nafsunya sebagai pengikutnya; tetapi malanglah bagi orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai amirnya dan akal sebagai pengikutnya".

*************************************************

Rasanya macam pernah aku tengok buah ni, ya ke ha...? Cuma tak pernah terlintas untuk makan. Manalah tahu boleh dimakan, ingatkan kena masak macam sayur ke... nampak macam tak menarik langsung. Buah ini matang pada masa autumn. Sekalipun buah ini telah masak, ia tetap bewarna hijau tetapi lembut. Apa yang aku lihat, buah ni bukanlah besar mana pun, kecil-kecil sahaja dan bentuknya macam bentuk telur ayam. 



Jika sekali pandang, aku sangkakan ini buah 'jambu butir banyak' (panggilan loghat aku) yang masih putik, keras, belum masak malah masih belum boleh dimakan. Tapi dekat satu community centre hari tu, aku dipelawa makan buah ni. Lagi sekali kesilapan dalam sangkaan aku, aku ingat boleh digigit terus makan begitu saja, macam makan buah jambu tu atau mana-mana buah lain yang boleh digigit terus.

 Sehinggalah aku ditunjukkan cara untuk memakannya pula. Dibelah dua macam ni dan dicedok isinya dengan sudu.
Aku bayangkan rasa buah ni kelat, tetapi sebaliknya manis dan baunya wangi. Bagi aku, baunya ada sikit iras-iras bau jambu tu juga. Beza sikit je, wangilah bagi aku. Tak perasan pula berapa harganya bila dijual kat kedai. Jika ok, pasti aku nak beli sikit bila jumpa nanti.
Posted by Picasa

2 comments:

  1. Replies
    1. Orang dekat Community Centre yang Knani pergi tu bagi rasa... Tak pasti ada tak dijual di mana-mana...

      Delete