Sedang rancak dan excited nak berkisah, internet pulak yang dah kehabisan kredit kat rumah. Ini baru rasa nak lega balik. Ya lah dah tempohnya setahun dalam perjanjian atau telah kehabisan, mana-mana yang terdahulu... Ini aku nak sambung balik cerita lawatan hari ke dua aku di Sydney. Memanglah, sepatutnya masa tu, dah tiga hari aku kat sana, tapi kerana hari mula-mula sampai tu tak sempat ke mana, maka aku kira hari ke dua itulah sebagai lawatan hari pertama. Lepas ni kira faham sendirilah jika aku sebut hari ke tiga ke...ke empat ke... ya...
Pagi-pagi lagi, sebab tiket dah ada, lepas je sarapan di dewan makan, terus bersiap dan ambil bas ke City. Masih lagi nak naik feri hari ni. Trip feri masih belum tamat. Tempat pertama yang aku kunjungi pagi ini ialah 'Cockatoo Island'. Satu tempat yang ada sejarah tempat kurungan dan penahanan banduan, sedikit hal-hal perang juga dan beberapa perkara lagi.
Sampai-sampai je, orang masih belum ramai. Mungkin aku terdatang awal sangat. Tapi pusing-pusing jelah dulu menengok kawasan sekitarnya.
Luas juga kawasan yang patut di lalui, cuma masih lagi sunyi sebab belum ramai pengunjung yang datang. Yang kedengaran bisingnya adalah suara burung-burung yang sedang bertelur dan mengeram telur masing-masing pada satu kawasan. Mereka menjerit-jerit dengan kuat dan memeritkan telinga yang mendengar, takut kita mengambil telur dia agaknya. Si burung jantan yang menunggu pula macam gaya nak menyerang kita pun ada. Tapi tak berani dia mendekat, mengacah-acah je terbang hampir dengan kita. Aku dah bersedia, jika dia menyerang juga, aku bedal jelah dengan tripod yang sentiasa di tangan ni... hihihi.... acah aje juga....
Ada dua terowong dan satu lubang yang macam pintu gua yang aku lalui. Takut juga awalnya. Tapi jika aku tidak cuba melaluinya, macammana aku nak tahu keadaan di dalamnya. Jadi aku dan hubby redah jugalah. Depan pintu masuknya memang cerah. Tapi salah satu terowong yang di panggil "Leg Dog Tunnel" memang gelap dan melaluinya memang amat menyeramkan. Dalamnya sikit ada lampu seumpama lalang yang akan menyala bila mengesan kita berjalan menghampirinya dan akan kembali padam selepas kita pergi jauh. Heee....sunyi dan seram masa tu. Tahan nafas je....
Aku menghabiskan masa selama satu jam di sini. Lepas tu bergambarlah dulu sementara menunggu feri datang untuk ke satu lagi destinasi aku selepas ini.
Tengah menunggu feri yang aku nak naiki, ada feri lain yang datang menghantar sekumpulan penumpang dan pengunjung Cockatoo Island ni. Ramai pulak pada waktu ni. Betullah sangkaan aku yang aku tadi datang terawal sangat. Jika ramai gini, tak adalah aku seram sangat nak pusing kawasan tadi.
Aku teruskan perjalanan ke Darling Harbour Terminal.
Suasana malam yang aku singgah sebelumnya...
Siangnya....
Destinasi pertama di Daling Harbour ialah ke Aquariumnya. Jom masuk dalam....
Tak pernah aku berpengalaman dalam aquarium sebesar gini.... melihat ikan, shark, sotong, ketam yang besar-besar. Berada dalam cermin yang di atas, bawah, kiri dan kanannya berlegar-legar kehidupan makhluk lautan dengan terpeliharanya.
Beberapa gambar yang diambil oleh pihak aquarium.....
Dengan back ground tersendiri.... hihihi....
Keluar je dari aquarium, aku menuju pula ke "Madame Tussauds". Ini juga pengalaman pertama aku untuk berjumpa dengan manusia-manusia terkenal, bintang-bintang ternama dan artis-artis terkemuka dari pelbagai bidang mereka. Jom teruskan....
Antara mereka ialah.......
Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan yang pernah berada di penjara selama 20 tahun sebelumnya.
Barrack Obama, Presiden US.
Julia Gillard, Perdana Menteri Australia lah....
Yang paling dahsyat nya bila dapat bergambar dengan Queen Elizabeth 11, The Queen of Britain.
Bersama Dalailama (kiri), pemimpin Pro Demokrasi Tibet dan Mahatma Gandhi (kanan), Pemimpin kemerdekaan India.
Yang atas sebelah kiri tu adalah, Professor yang pakar dalam bidang matematik.
Hollywood stars...
Dari atas, kiri ke kanan, Nicole Kidman, Leonado Dicaprio (hero in Titanic movie), Johnny Depp (Jack Sparrow), Jackie Chan, Tom Cruise dan the famous singer, Lady Gaga.
Hihihi.... juga Angelina Jolie dan her husband Brad Pitt.
Tak ketinggalan juga Bollywood Stars....
Amitach Bachan, Aisywarya Rai dan Kareena Kapoor.
Shahrukh Khan dan Hritick Roshan....
Kelakar la pulak... memang real patung yang di ukir, mengikut saiz, warna kulit dan keadaan sebenar individu berkenaan, sorrylah perasan sekejap.
Dah habis meronda satu bangunan 'Madame Tussauds' tu, aku berjalan pula sejauh lebih sekilo untuk pergi ke 'Sydney Tower Eye'. Ini kira pelik jugalah, Kuala Lumpur punya Tower pun belum pernah aku jejaki, tapi di sini macam aku kena pergi ke situ untuk ambik pengalaman. Maklumlah stay sini tak lama.
Tengok view seluruh bandar Sydney. Macam biasa saja, macam dekat menara Alor Star yang pernah aku berada di dalamnya. Dari atas menara, melalui camcorder aku yang dapat ditarik subjek untuk melihat dari jarak jauh, aku dapat melihat satu taman yang cantik di bawah sana. Hati berazam nak ke situ selepas turun dari menara ni.
Suasana dalam menara. Sempat membasahkan tekak dengan cappucino serta mengudap bekalan roti yang di bawa.
Puas berlegar-legar dalam tower, sebagaimana yang dihajati, aku menuju ke Park yang aku nampak dari atas menara tadi. 'Hyde Park' memang banyak tempat dan di sinilah salah satunya. Lagi pun di Park adalah salah satu tempat yang sesuai untuk bersolat kerana faham sahajalah, aku tidak dapat menemui sebarang surau atau tempat dalam bangunan yang mana boleh dijadikan tempat untuk bersolat.
Jom kita tengok pemandangan sekitar Hyde Park.......
Hari yang mulai gelap membuatkan aku beredar dari kawasan Hyde Park ini. Bila berjalan melalui satu train station, tiba-tiba buat plan untuk pusing-pusing bandar dengan train pula. Sajalah kan, tiket serbaguna dah ada, tapi kerana hari dah gelap, pemandangan pun tak nampak sangat dah. Cukuplah untuk trip hari ke dua ini....
To be continue at Sydney, day 3 trip......
Salam,
ReplyDeleteSeronok bila baca jalan2 dekat sydney. Btw akak memang menetap sana ke? Saya ada benda nak tanya akak. Kalau tak keberatan boleh x email saya ajeerahashim@gmail.com
Kalau tidak keberatan la. Terima kasih.