Total Pageviews

Sunday, 16 September 2012

Sydney - Day 3 Trip

Dalam jadual lawatan aku, pada pagi hari ke 3 ini, aku sepatutnya akan ke 'Sydney Tower Eye'. Tetapi kerana aku dah sempat cover tempat tu semalam (pada hari ke 2), Jadi aku awal kan tour aku dan menuju ke salah satu market yang memang famous dengan jualan souvenirs nya, 'Paddy's Market'. Sepatutnya aku ke sini pada sebelah petang. Paddy's Market memang terkenal dan menjadi syarat wajib untuk datang ke sini bagi semua pelancong yang datang ke Sydney.

Tetapi perlu diteliti jadual operasinya dahulu sebelum ke sana. Ini kerana Paddy's Market tidak beroperasi selama 7 hari seminggu. Jika tak silap apa yang aku study sebelum ini, ia hanya memulakan operasinya bermula pada hari rabu hingga ahad setiap minggu dan akan ditutup pada hari isnin dan selasa. Market dibuka bermula jam 9.00 am. Agak nya aku tersampai beberapa minit awal, eloklah dulu aku snap beberapa picture kenangan di luarnya dan kawasan menarik yang berhampiran. 
Poskad yang aku beli dua hari lepas.

Selepas turun bas, semasa berjalan menuju ke Paddy's Market, aku melalui satu peti pos dan dapatlah aku poskan poskad ini. Menjadi kebiasaan aku, ke mana sahaja lawatan yang aku pergi jika ke negeri yang berlainan, aku akan membeli satu poskad kenangan dan akan aku poskan ke alamat rumahku sendiri. Kekadang tu bila aku balik ke rumah, poskad dah sampai dulu.
Paddy's Market terletak berhampiran dengan China Town.

Beberapa suasana di dalam market...

Dari segi barang yang di jual di dalamnya sama sahaja dengan beberapa negeri di Australia yang pernah aku kunjungi. Cuma mungkin ada sedikit murah di sini. Hanya pada satu dua barang. Yang lainnya aku tak nampak ada perbezaan. Barangan cenderamata kecil dah besar banyak di jual. Sebab itulah ia menjadi tempat wajib kunjungan pelancong. Aku bukan lah teruja sangat dengan harga yang ditawarkan, tetapi sebagai pelengkap kunjungan ke sini, adalah beberapa barang yang aku beli untuk memenuhi beg sorong yang aku bawa pada hari ini, hihihi....

Sebagai kenanngan kami pernah menetap di bumi kanggaro ini, hubby bersetuju memenuhi permintaan aku yang menginginkan kulit kangaroo ini. Berdasarkan saiz yang ada, aku membeli kulit belulang kangaroo yang pertengahan harga iaitu aud 50. Aku tak pasti tetapi rasanya tak dapat dekat Adelaide dengan harga itu. Aku teringin juga dengan belulang bulu biri-biri putih tu, tapi nanti bajet kami lari pula. Maklumlah mahal harganya...  :-(. Tetapi aku berjaya memujuk penjual dengan meminta percuma satu kulit biri-biri kecil sebesar buku tulis budak sekolah je. Sepatutnya yang itu pun di jual dengan harga aud 5. Kecil pun jadilah, buat kenangan. :-)

Puas meronda dalam Paddy's Market tu, kerana masih ada waktu dan peluang, sekali lagi aku ke Wharf menaiki feri untuk ke satu kawasan yang di panggil 'Sydney Olympik Park'. Saja membuat syarat yang aku pun pernah sampai ke sana. 
 

Di kawasan inilah tempat berlangsungnya sukan Olympik yang pernah diadakan di sydney. Tetapi aku tak dapat tour semua suasana kerana nak kejar waktu solat pula. Balik semula ke Wharf untuk mencari tempat sesuai bersolat.

Botanical Garden amat luas kawasannya. Tak mampu nak jalan semua. Tapi boleh ada kawasan sesuai untuk berhenti bersolat.



Goverment house yang boleh dilawati. Tetapi terlewat sikit aku sampai, ia hanya dibuka kepada public sehingga jam 3.00 pm sahaja.

Ketika berada di Botanical Garden ni, cuaca macam nampak mendung dan akan hujan. Betul, aku terpaksa berlari ke Circular Quay mencari tempat berteduh. Alhamdulillah hujan tak lebat sangat dan tidak berpanjangan. Di Circular Quay, aku menaiki train untuk ke 'Avis Car Rental' yang terletak beberapa kilometer dari City. Jam 5.30 - 6.00 pm adalah waktu perjanjian kami untuk mengambil kereta yang nak kami sewa. 

Dah ada kereta tu, malam tu dapat lah kami pusing-pusing kawasan dengan kereta pula. Tapi malam ni nampaknya hujan lebat. Kami cuba ronda kawasan terdekat dengan tempat menginap sahaja untuk mencari restoran makanan halal. 

Fish & Chips

Chicken burger

Hanya itu dinner kami malam ini. Pengalas perut yang agak kelaparan setelah sehari suntuk berjalan.

Kami singgah sini pun sebab orang kedai yang berbangsa Nepal itu yang menyapa kami. Ingatkan kerana keperamahan setiap orang berniaga untuk menarik pelanggannya. Semasa kami sedang makan, dia ke meja kami dan bersembang. Tahulah aku kenapa. Rupanya dia ingat hubby orang Nepal juga..... hihihi....

To be continue at Sydney - Day 4 Trip.......
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment